Pergi ke kandungan

Tapenade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tapenade
Jenis jenis sapuan (lepa)
Jenis sajianHors d'œuvre
Tempat asalPerancis
Kawasan/rantauProvence
Bahan utamazaitun, kaper, ikan bilis, minyak zaitun
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tapenade (Sebutan bahasa Perancis: [tapəˈnad], Occitan: tapenada [tapeˈnadɔ]) ialah hidangan Provence[1] yang terdiri daripada zaitun, kaper, ikan bilis dan minyak zaitun yang dipuri atau dicincang halus.[2] Namanya berasal daripada perkataan Provençal untuk kaper, tapenas (disebut [taˈpenɔs]). Ia merupakan makanan popular di selatan Perancis, di mana ia biasanya dimakan sebagai hors d'œuvre, disapu pada roti. Kadang kala ia juga digunakan untuk disumbat ke dalam ayam bagi hidangan utama.

Tapenade dalam lesung

Tapenade berasaskan zaitun dengan ikan bilis dan/atau cuka boleh didapati dalam masakan Itali dan didokumenkan dalam buku masakan Rom purba sejak beribu-ribu tahun sebelum kemunculan perkataan Perancis tapenade, atau bahkan bahasa Perancis itu sendiri. Salah satu resipi tapenade terawal diketahui, Olivarum conditurae, muncul dalam De re Rustica Columella, ditulis dalam abad pertama Masihi.[3] .[4] Cato the Elder ( 234-149 SM) memasukkan resipi untuk Epityrum, lepa zaitun seperti tapenade, dalam bab 119 dari bukunya "On Agriculture."

Tapenade kadang-kadang dikelirukan dengan salad zaitun New Orleans, komponen kritikal dalam sandwic New Orleans, muffaletta. Salad zaitun New Orleans adalah lebih tepat dipanggil giardiniera; ia tidak mengandungi kaper tetapi mengandungi kubis bunga, lobak merah dan saderi.

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Bahan asas tapenade adalah zaitun. Buah zaitun (paling biasa zaitun hitam) dan kaper dicincang halus, dihancurkan dan dicampur. Minyak zaitun kemudian ditambah sehingga campuran menjadi pes. Tapenade sering berperisa berbeza di pelbagai kawasan dengan bahan-bahan lain seperti bawang putih, herba, ikan bilis, jus lemon atau brendi.

Penyajian

[sunting | sunting sumber]

Tapenade boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pembuka selera dihidang sebagai sapuan pada keropok, roti berkerak atau crudités. Ia juga boleh digunakan sebagai perasa. Tapenade juga digunakan dalam menyediakan hidangan ikan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wright, Clifford A. "What is Tapenade?". What is Tapenade?. Clifford A Wright. Dicapai pada 4 July 2011.
  2. ^ Food, BBC. "Tapenade". BBC Food. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 4 July 2011.
  3. ^ "Olivarum Conditurae (from Columella's de re Rustica)". Dicapai pada 2013-01-20.
  4. ^ "De Re Rustica of Columella". Loeb Classical Library edition. 1941. Dicapai pada 2013-01-20.