Pergi ke kandungan

Piramid Agung Giza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Piramid Giza)
Piramid Agung Giza
Piramid Agung Giza
Piramid Agung Giza pada Mac 2005
Khufu
Koordinat29°58′45″N 31°08′03″E / 29.97917°N 31.13417°E / 29.97917; 31.13417Koordinat: 29°58′45″N 31°08′03″E / 29.97917°N 31.13417°E / 29.97917; 31.13417
Nama kuno
<
Aa1G43I9G43
>G25N18
X1
O24
[1]
ʒḫt Ḫwfw
Akhet Khufu
Ufuk Khufu
Dibinas. 2580–2560 SM (Dinasti ke-4)
JenisPiramid sebenar
BahanBatu kapur, granit
Ketinggian146.7 meter (481 ka) atau 280 hasta Mesir Diraja
138.8 meter (455 ka) (kontemporari)
TapakPanjang 230.34 meter (756 ka) atau 440 hasta Mesir Diraja
Isi padu2,583,283 cubic metre (91,227,778 ka3)
Kecerunan51°52'±2'
Butiran bangunan
Map
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di dunia dari 2560 SM hingga 1311 M[I]
Diatasi olehKatedral Lincoln
Maklumat umum
JenisSmooth-sided pyramid (en) Terjemahtapak arkeologiWonder of the Ancient World (en) Terjemahtarikan pelancongEgyptian pyramids (en) Terjemahmakam Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaAncient Egyptian architecture (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiNekropolis Giza, Kegabenoran Giza
NegaraMesir Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat29°58′44.94″N 31°8′3.19″E Sunting ini di Wikidata
Ketinggian95 m Sunting nilai ini di Wikidata
Pembinaan bermula2560 SM Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat ketinggian
Tinggi137.5 m
original height (en) Terjemah: 146.7 m Sunting nilai ini di Wikidata
Butiran teknikal
BahanBatu kapurgranit Sunting nilai ini di Wikidata
Keluasan permukaan53,061.12 m² Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekHemiunu (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Sebahagian dari
Memphis dan Nekropolisnya – Medan Pyramid dari Giza ke Dahshur
Inskripsi1979 (sesi ke-3)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Piramid Agung Khufu daripada gambar abad ke-19.

Tujuh Keajaiban Dunia
Piramid Agung Giza
Taman Tergantung Babylon
Berhala Zeus di Olympia
Kuil Artemis
Makam Maussollos
Patung Raksasa Rhodes
Rumah Api Iskandariah


Piramid Agung Khufu (Tulisan Jawi: ڤيرميد اڬوڠ كوفو) merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Khufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Dinasti Keempat Mesir. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Khufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 10 tahun.[2]

Piramid Agung Khufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.

Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Khufu adalah setinggi 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan pencurian batu yang berada di kedudukan atas, ketinggian kini adalah pada 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukuran 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan seluas 5.3 hektar (13 ekar).

Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kaherah oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.

Piramid Agung Khufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.

Pengukuran tepat pertama piramid dilakukan oleh Sir Flinders Petrie pada tahun 1880–82 dan diterbitkan sebagai "The Pyramids and Temples of Gizeh". Hampir kesemua laporan berasaskan ukurannya. Petrie mendapati kedudukan piramid menjurus pada 4' Barat ke Utara dan piramid kedua juga memiliki unjuran yang serupa. Petrie turut mendapati orentasi berbeza pada teras dan pada kelongsong ( – 5' 16" ± 10"). Petrie mencadangkan penentuan semula Utara dilakukan selepas pembinaan teras, tetapi kesilapan berlaku, dan kelongsong dibina dengan orentasi berbeza. Perbezaan dari utara pada teras, selaras dengan kedudukan bintang b-Ursae Minoris dan z-Ursae Majoris sekitar 3,000 tahun dahulu, mengambil kira pergeraka pada paksi Bumi. Kajian oleh pakar kaji Mesir purba Kate Spence , menujukkan perubahan pada orentasi 8 piramid selaras dengan perubahan kedudukan bintang-bintang tersebut mengikut masa. Ini memberi tarikh permulaan pembinaan piramid pada 2467 BC.

Selama hampir empat ribu tahun, atau secara tepatnya 3,800 ia merupakan struktur dunia tertinggi, tidak dapat diatasi oleh mana-mana struktur sehingga tiang setinggi 160-meter Lincoln Cathedral yang disiapkan sekitar 1300 Masihi. Ketepatan hasil-kerja piramid sehinggakan keempat sisinya memiliki kesilapan purata hanya 50 mm panjang, dan 12 arkasaat dalam sudut dari segi empat sama. Sisi segi empat sama tepat mengarah kearah mata kompas dengan kejituan 3 arkaminit dan berasaskan bukannya pada utara magnet, tetapi utara sebenar.

Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu. Blok batu tersebut seberat purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok seberat sehingga 15 tan. Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu diseberang sungai Nil. Granite yang digunakan for the portcullis dan kamar pelepas tekanan, seberat sehingga 60-80 tan, blok granit dikuari hampir 500 batu di Aswan. Dianggarkan 5.5 juta tan batu kapur, 8,000 tan granit (diimport dari Aswan), dan 500,000 tan mortar digunakan dalam pembinaan Piramid Besar.[3]

Jumlah keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isi padu (termasuk anak bukit dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi oleh Piramid Agung Cholula di Puebla, Mexico, yang, sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isi padu yang lebih besar.

Ketika siap, Piramid Agung diturap dengan 'batu selongsong' – sisi condong, tetapi rata di bahagian atas, blok batu yang digilap licin. Ini menjadikan tugu peringatan ini berkilauan di bawah matahari dan malah pada waktu malam di bawah cahaya bulan dapat dilihat dari gunung di selatan Mesir sejauh 200 batu (322 km). Apa yang masih dapat dilihat hari ini adalah struktur teras piramid tangga dalaman, tetapi beberapa batu selongsong masih dapat di lihat di sekeliling tapaknya. Batu selongsong Piramid Agung dan Piramid Khafre (dibina betul-betul disebelahnya) dipotong dengan kejituan optik sehinggakan melencung dari satah sebenar pada keseluruhan kawasan permukaan hanya sekecil 1/50 bahagian per inci. Ia dimuatkan bersama begitu tepat sehinggakan hujung mata pisau tidak boleh diselit antara sambungan sepanjang semua sisi.

The entrance of the pyramid

Piramid Agung berbeza dengan piramid lain di kawasan itu dari segi aturan dalamannya. Sejumlah besar laluan dan kamar dalamannya, kemasan kerja yang tinggi, dan kejituan pembinaannya kesemuanya jelas membezakannya. Dinding dikeseluruhan piramid kosong dan tidak terukir sepenuhnya, tetapi terdapat catatan — atau untuk lebih tepat lagi, contengan — dibuat oleh pekerja pada batu sebelum ia dipasang. Kesemua lima kamar pelepas dicatat. Catatan paling terkemuka adalah salah satu yang menyebut nama Khufu; ia menyatakan "tahun ke-17 pemerintahan Khufu". Sungguhpun teori lain mencdangkan sebaliknya, berdasarkan kedudukannya yang tersorok ianya sukar dipercayai bahawa ia ditulis selepas pembinannya; malah Graham Hancock menerimanya, selepas Dr Hawass membenarkannya memeriksa catatan itu. Catatan yang lain merujuk kepada "sahabat Khufu", dan kemungkinannya nama salah satu kelompok pekerja. Sungguhpun ini tidak menawarkan bukti sahih bahawa Khufu memulakan pembinaan Piramid Agung atau bila ia mula di bina, ia bagaimanapun jelas membuktikan bahawa dia mengambil bahagian pembinaannya pada fasa tertentu semasa pemerintahannya.

Terdapat tiga kamar dalam Piramid Agung. Ia diatur di tengah, Terdapat paksi menegak dalam piramid. Kamar terendah digali pada batu dasar atas mana piramid dibina. Kamar ini adalah terbesar antara tiga, tetapi tidak siap, hanya digali kasar pada batu.

Kamar tengah, atau, Kamar Ratu, merupakan paling kecil, berukuran sekitar 5.74 kali 5.23 meter, dan 4.57 meter tinggi. Dinding timurnya mempunyai pintu besar bersudut satu lekukan, dan dua liang sempit, sekitar 20 sentimeter lebar, memanjang dari kamar ke permukaan luar piramid, tetapi dihalang oleh "pintu" batu kapur pada beberapa tempat. Pakar Mesir purba Mark Lehner percaya bahawa kamar Ratu bertujuan sebagai serdab— struktur yang terdapat pada beberapa piramid Mesir lain—dan lekukan akan memiliki patung orang yang ditanam. Orang Mesir purba percaya bahawa patung akan bertindak sebagai bekas "sokongan" bagi roh orang Mesir bagi Firaun, sekiranya badan yang dimumia musnah. Tujuan sebenar kamar, bagaimanapun; kekal sebagai misteri.[1]

Dipenghujung beberapa siri laluan panjang mengarah dalam piramid struktur kamar utama, "Kamar Raja". Kamar ini pada asalnya seluas 10 x 20 x 5V5 kubik ("hasta"), atau sekitar 17 x 34 x 19 kaki, membentuk kiub berkembar.[4]

Gambar kumpulan askar Batalion ke-11 Australia di Piramid itu pada tahun 1915.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Verner 2001, m/s. 189.
  2. ^ "Civil Engineering". June 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2007. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Romer (2007), m/s. 157
  4. ^ "Lower Northern Shaft". The Upuaut Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2010. Dicapai pada 11 October 2010.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Cooper, Roscoe, Vicki Teague Cooper, Carolyn Croll, Diana Craig Patch, and Atha Tehon. 1997. The Great Pyramid: An Interactive Book. London: British Museum Press.
  • Der Manuelian, Peter. 2017. Digital Giza: Visualizing the Pyramids. Cambridge, MA: Harvard University Press.
  • Hawass, Zahi A. 2006. Mountains of the Pharaohs: The Untold Story of the Pyramid Builders. Cairo: American University in Cairo Press.
  • Nell, Erin and Clive Ruggles. 2014. "The Orientations of the Giza Pyramids and Associated Structures." Journal for the History of Astronomy 45, no. 3: 304–60.
  • Petrie, W.M. Flinders. 2006. The Pyramids and Temples of Gizeh. Worcester, UK: Yare Egyptology.
  • Rossi, Corinna, and Laura Accomazzo. 2005. The Pyramids and the Sphinx. English ed. Cairo: American University in Cairo Press.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]