Tania Bailey
Penampilan
Tania Bailey (lahir 2 Oktober 1979, di Stamford, United Kingdom) ialah seorang pemain skuasy profesional dari England.
Sebagai pemain remaja, Bailey memenangi Kejohanan Remaja Dunia pada tahun 1997 dan mengetuai pasukan England untuk memenangi gelaran juara Berpasukan Dunia dan Eropah.
Satu kemalangan menyebabkan dia terpaksa berehat selepas menjalani pembedahan ketika dia berumur 21 tahun, dan dia berjaya sembuh dan menyambung semula kerjayanya.
Pada tahun 2003, Bailey menjadi naib juara selepas tewas kepada Sarah Fitz-Gerald pada perlawanan akhir Terbuka British. Dia pernah menduduki ranking No. 4 dunia.