Tani Yutaka
Tani Yukata | |
---|---|
Nama asal | 谷 豊 |
Kelahiran | Fukuoka, Jepun | 6 November 1911
Meninggal dunia | 6 Mac 1942 Singapura, Empayar Jepun | (umur 30)
Kesetiaan | Tentera Imperial Jepun |
Tahun perkhidmatan | 1941-1942 |
Yutaka Tani (谷 豊 Tani Yutaka, nama Melayu Mohd Ali bin Abdullah; 6 November 1911- 17 Mac 1942) dianggap seorang penguasa kendiri, wira tempatan, dan ahli gerakan subversif dan espionaj asal Jepun yang aktif di Tanah Melayu (sekarang Semenanjung Malaysia).
Biografi
[sunting | sunting sumber]Dia dilahirkan di Minami-ku, Fukuoka, dan berpindah ke Tanah Melayu bersama keluarganya. Setelah mengambil pendidikan di Jepun, keluarganya kembali ke Tanah Melayu, di mana dia tinggal di Kuala Terengganu di mana mereka bekerja di sebuah kedai. Di sana, dia memeluk Islam setelah dipengaruhi oleh budaya Melayu tempatan rakan-rakannya. Dia juga secara diam-diam mengahwini seorang wanita Melayu, tetapi kemudian bercerai. (versi dari catatan Jepun, Dia dilahirkan di Minami-ku, Fukuoka, dan berpindah ke Pattani bersama keluarganya. Keluarganya telah membuka perniagaan di Kampong Buloh atau di Bangpu, Pattani. Pada tahun 1931, Tani Yutaka telah pulang ke Jepun utnuk menyahut seruan kerajaan dengan berkhidmat dalam kerahan angkatan tentera Jepun dan kemudian pulang ke Pattani setelah tamat kerahan tentera Jepun. Dikatakan beliau berkahwin dengan 3 orang wanita tempatan. Isteri yang ada dicatatkan dalam dokumen dikenali sebagai 'Che Minah'. Tidak diketahui pula beliau menceraikan ister-isterinya atau tidak.)
Pada tahun 1931, ketika berusia 20 tahun, dia kembali ke Jepun untuk menjalani pemeriksaan ketenteraan. Walaupun dia bekerja di sebuah syarikat kasut, dia merindui rumahnya dan kembali ke Tanah Melayu. Pada 6 November 1933, seorang lelaki Cina membunuh dan memenggal kepala dua saudaranya dalam Kejadian Mukden. Mencari dendam terhadap lelaki itu serta konco-konconya, dia menjadi penyamun yang dikenali sebagai Harimau. Tani menyerang beberapa kumpulan gengster Cina serta para pegawai Britain, dan memberikan apa yang dia rampas daripada para pegawai kaya kepada orang miskin lalu menjadikannya sebagai pahlawan tempatan. Dia kemudian ditangkap di Hat Yai dan dipenjarakan selama dua bulan. (Dia mengikuti kerahan tentera Jepun selama 3 tahun dari tahun 1931-1933, dikatakan Tani Yutaka menjadi buruan Polis Siam (Thailand) dan Polis Tanah Melayu kerana kegiatan aktif beliau sebagai penyeludup disempadan Tanah Melayu - Siam. Dakwaan menyerang samseng Cina dan pegawai Britain tidak diketahui, kemungkinan berlaku perebutan kawasan kerana Tani Yutaka juga adalah ahli kongsi gelap juga yang dianggotai Orang Melayu dan Siam)
Sebelum Perang Dunia II, dia menjadi ejen rahsia Tentera Imperial Jepun dan mensabotaj usaha perang Inggeris.[1]
(Sebelum Jepun melancarkan serangan keatas Tanah Melayu, gerakan F Kikan iaitu gerakan perisikan keatas Tanah Melayu yang beroperasi di Bangkok diketuai Mejar Fujiwara Iwaichi Iwaichi Fujiwara (藤原 岩市, Fujiwara Iwaichi, March 1, 1908 − February 24, 1986) telah mendekati Tani Yutaka untuk dijadikan sebagai ejen espionaj mereka. Tani Yutaka dikatakan bersetuju dan bergerak disempadan dan seluruh Tanah Melayu. Dikatakan Tani Yutaka berjaya memujuk Kompeni Melayu Askar Sukarelawan Perak supaya berundur dari bertempur dengan Tentera Jepun. Kebanyakan tugasannya seperti mendamaikan dan memujuk supaya pihak musuh kepada Jepun supaya berundur dengan kata-kata Jepun tidak berperang dengan orang Melayu, Jepun berperang dengan orang putih sebagai propagandanya.
Dia meninggal di Singapura di mana dia dikebumikan di Taman Perkuburan Jepun. Namun, kisah kematiannya ada pelbagai versi: beberapa sumber mendakwa bahawa dia terbunuh dalam sebuah misi mensabotaj sebuah empangan di Johor, sementara yang lain mendakwa bahawa dia berjaya melakukan sabotaj, dan sama ada meninggal akibat kecederaan atau malaria. (dikatakan dijangkiti Malaria di Gemas. Samada meninggal di Gemas atau Singapura. Jenazahnya dikebumikan di Singapura)
Dia juga merupakan salah seorang tentera yang diabadikan di Kuil Yasukuni, walaupun beragama Islam.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Kisah hidupnya telah digambarkan dalam novel dan filem Marai no Tora[2] (1943) dan Harimao (1989).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ken Kotani, Japanese Intelligence in World War II, Osprey Publishing, 2009. ISBN 9781846034251
- ^ "マライの虎". YouTube. Dicapai pada 2016-03-20.