Tamu
Penampilan
TAMU adalah membawa maksud "bertemu".. iaitu tempat pertemuan bagi penduduk-penduduk kampong di sekitar bagi menjual hasil-hasil kampung bertemu rakan-rakan dan bertukar-tukar cerita. Pada masa dulu, peniaga-peniaga di tamu mengamalkan konsep sistem barter,namun sehingga kini ada lagi yg masih mengamalkan system ini walaupun tidak semuanya.
Tamu ialah pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah, Labuan dan juga Brunei yang menjual barangan tani dan keluaran tempatan. Ia juga dikenali sebagai pasar tani atau pasar minggu. Tamu biasanya dibuka sehari atau dua hari mengikut daerah masing-masing.[1]
Sambutan dan jualan besar di tamu juga diadakan setiap tahun sekali yang dikenali sebagai Tamu Besar atau Tamu Gadang.
Senarai tamu
[sunting | sunting sumber]- Pasar Tamu Donggongon
- Tamu Gaya Street, Kota Kinabalu
- Tamu Sandakan
- Tamu Kudat,
- Tamu Sikuati
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tamu (weekly Market) In Sabah" [Tamu (Pasar minggu) Di Sabah]. Sabah Tourism (dalam bahasa Inggeris). 24 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-20. Dicapai pada 20 April 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tamu |