Taman Sofiyivka
Sofiyivka | |
---|---|
IUCN Kategori IV (Kawasan pengurusan habitat/spesies) | |
Lokasi | Uman, Cherkasy Oblast, Ukraine |
Koordinat | 48°45′51″N 30°14′37″E / 48.76417°N 30.24361°EKoordinat: 48°45′51″N 30°14′37″E / 48.76417°N 30.24361°E |
Luas | 1.79 km2 (0.69 bt2) |
Ditubuhkan | 1991 |
Pelawat | 500 |
Badan pentadbir | Akademi Sains Kebangsaan Ukraine |
Laman sesawang | www.sofiyivka.org.ua |
sunting |
Taman Sofiyivsky (Bahasa Ukraine: Софіївський парк; Poland: Park Zofiówka ) ialah sebuah arboretum (sejenis taman botani) dan terletaknya institut penyelidikan saintifik Akademi Sains Kebangsaan Ukraine (Jabatan Biologi NASU). Taman ini terletak di bahagian utara Kota Uman, Wilayah Cherkasy (Ukraine Tengah), berhampiran Sungai Kamianka. Beberapa kawasan taman itu mempunyai bayangan reka bentuk taman Inggeris. Pada masa ini, taman ini merupakan satu tempat rekreasi yang popular, setiap tahun dikunjungi oleh 500,000 pengunjung.
Taman Sofiyivka ialah mercu tanda indah dengan reka bentuk kebun bertaraf dunia pada awal abad ke-19. Taman ini merangkumi lebih 2,000 jenis pokok dan belukar (tempatan dan eksotik) antaranya termasuklah taksondium (sipres paya), pokok pain Weymouth, pokok tulip, platanus, pokok ginkgo dan banyak lagi.
Sejak tahun 1980, pengarah taman itu juga merupakan ahli padanan Akademi Sains, doktor sains biologi yang bernama Ivan Kosenko. Pada tahun 1985, planet kecil #2259 dinamakan "Sofiyivka" sempena taman ini.[1][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pilcher, F. (1989). General Report of Position Observations by the ALPO Minor Planets Section for the Year 1988. Minor Planet Bulletin, 16, 28.
- ^ Florczak, Marcos; Barucci, M. Antonietta; Doressoundiram, Alain; Lazzaro, Daniela; Angeli, Cláudia A; Dotto, Elisabetta (1998-06-01). "A Visible Spectroscopic Survey of the Flora Clan". Icarus. 133 (2): 233–246. doi:10.1006/icar.1998.5928. ISSN 0019-1035.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Taman Sofiyivka di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi
- Map of Sofiyivsky park in Uman - very detailed 3D map of park Sofievka from www.mapofukraine.net
- History of Park
- (dalam bahasa Poland) Zofiówka in the Geographical Dictionary of the Kingdom of Poland (1895)