Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di utara pusat bandaraya Ipoh, Perak yakni berhampiran Jalan Kuala Kangsar di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan, ianya merangkumi kawasan tanaman seluas 30.35 hektar, manakala tasiknya seluas 14.16 hektar yang dibangunkan dan berlatabelakangkan Gerombolan Bukit Batu Kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike. Kawasan Rekreasi Gunung Lang dibangunkan berdasarkan konsep eko-pelancongan yang meminimumkan pembangunan infrastruktur bagi mengekalkan keunikan flora dan fauna semulajadinya. Pembangunan seluas taman rekreasi ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Kawasan Rekreasi Gunung Lang memiliki pelbagai infrastruktur awam di antaranya air terjun buatan manusia, laluan perjalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2km, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan serta beberapa kemudahan awam yang lain.