Taman Negara Gunung Ledang
Penampilan
Taman Negara Gunung Ledang terletak di pekan Sagil, Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:
- rekreasi (mandi - manda).
- perkhemahan.
- menginap (chalet, dorm, pondok dan tapak khemah).
- mendaki (kolam gajah, sg. tiga segi dan bukit botak).
- aktiviti pendidikan alam ( berjalan malam, perangkap cahaya, interpretasi alam dan eksplorasi alam.
- aktiviti dalam kumpulan.
- latihan ketenteraan.