Pergi ke kandungan

Taman Gembira (Daerah Kuala Selangor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Gembira
Transkripsi lain
 • Jawiتامن ‎‎ڬمبيرا‎‎
Koordinat: 3°25′04″N 101°11′10″E / 3.417857°N 101.186147°E / 3.417857; 101.186147Koordinat: 3°25′04″N 101°11′10″E / 3.417857°N 101.186147°E / 3.417857; 101.186147
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
MukimTanjong Karang
Kawasan parlimenTanjong Karang
Kawasan negeriSungai Burong
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Kuala Selangor
 • Ahli ParlimenZulkafperi Hanapi
 • Ahli Dewan NegeriMohd Zamri Mohd Zainuldin
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
45500
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Gembira (Jawi: تامن ڬمبيرا) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Gembira merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Tanjong Karang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Gembira ialah 45500 Tanjong Karang.[4]

Taman Gembira (2023)

Taman Gembira merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Gembira terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Tanjong Karang, Taman Gembira terletak di bahagian paling selatan Mukim Tanjong Karang, dekat dengan sempadan Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Gembira ialah Taman Malinja dan Taman Ria di bahagian barat laut, Taman Karang Mas dan Kampung Sungai Gulang-Gulang di bahagian timur, Kampung Tok Adam di bahagian utara; Taman Radin Mas, Taman Damai, dan Taman Mahsuri di bahagian selatan dan Taman Makmur di bahagian tenggara.[1][2] Taman Gembira mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]

Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Gembira terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Gembira terletak di dalam kawasan negeri Sungai Burong.[5]

Kawasan Taman Gembira adalah salah satu kawasan petempatan manusia yang membentuk Bandar Tanjong Karang. Kedudukannya dalam Bandar Tanjong Karang, terletak di bahagian paling tenggara, berdekatan dengan sempadan Pekan Tanjong Karang.[2][6] Taman Gembira terletak di dalam Seksyen 2 Bandar Tanjong Karang.[2][6] Taman Gembira juga terletak di kawasan lembah Sungai Tengi yang bermuara di Selat Melaka.[2]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Taman Gembira terletak di tebing barat Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan). Jarak Taman Gembira ke pusat bandar terdekat iaitu Tanjung Karang, ialah dalam lingkungan 0.5–1.5 kilometer (0.3–0.9 bt) melalui Jalan Persekutuan 5.[a][7] Perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor laluan KS01 (Kuala Selangor–Tanjong Karang) berkhidmat di sepanjang Jalan Klang–Teluk Intan.

  1. ^ Diukur dari Taman Gembira ke Stesen Bas Tanjong Karang, Tanjong Karang
  1. ^ a b "Taman Gembira, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 9 Januari 2024. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  4. ^ a b "Taman Gembira, Tanjong Karang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ a b "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2021. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  7. ^ "Taman Gembira, Selangor – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2024.