Pergi ke kandungan

Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam
Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam
Umum
PengarangHilal Asyraf
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreKembara
Cereka sains
Aksi
Penerbitan
Pelukis kulitAiman Rosli
PenerbitGaleri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh penerbitan
2011
Jenis media
Cetak (kulit lembut)
Halaman533
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-9-830-97286-2

Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam ialah sebuah novel remaja karya penulis muda Hilal Asyraf. Ia adalah novel pertama daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontomperari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika itu dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.

Takdir, sebuah kisah perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya

Inspirasi

[sunting | sunting sumber]

Hilal telah menyatakan beliau mendapat idea untuk menulis novel ini setelah menonton trilogi filem The Lord of the Rings pada awal tahun 2008.[1] Beliau ingin menulis sebuah cerita trilogi yang mampu menyambung semula harapan manusia kepada Allah SWT. Atas beberapa sebab beliau menangguh penulisan novel ini sehinggalah bulan September 2008 apabila beliau tiba di Jordan. Ia siap pada Oktober 2008. Namun beliau simpan dahulu kerana merasakan masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan ke atas manuskrip novel tersebut. Akhirnya pada penghujung tahun 2010 beliau siap melengkapkan novel Takdir ini.

Menurut Hilal lagi, novel Takdir ini bukanlah semata-mata fantasi kosong. Bagi beliau, ia buah tangannya buat ummah, agar jangan berputus harap daripada Allah SWT. Walaupun dunia digelapi kebatilan, cahaya Allah pasti menyinarinya kemudian.[1]

Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh pemerintah kejam, Sang Asura. Sang Asura dan lima jeneralnya berjaya menguasai dunia dan menubuhkan sebuah kerajaan dunia, Kerajaan Utopia, setelah menghancurkan lima kerajaan utama dunia sepuluh tahun lalu. Setelah itu Bumi Barakah, kota suci manusia ketika itu, hilang dari pandangan muka bumi tanpa diketahui sebabnya. Kiai Songo yang dianggap harapan terakhir manusia juga telah kalah di tangan mereka dua belas tahun yang lalu.

Hanya dua kerajaan sahaja masih bertahan iaitu Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi. Kedua-duanya masih tertegak kuat menentang kuasa Sang Asura yang cuba memadamkan cahaya Illahi yang masih bersinar di kedua-dua kerajaan tersebut.

Protagonis

[sunting | sunting sumber]

Angkasa Sakti, seorang pemuda yang telah kehilangan ibu bapa dalam peperangan di Kota Terulung ketika berumur 10 tahun. Dia kemudian telah dibela oleh Fathi Auni, salah seorang sembilan Kiai Songo.

Pahlawan-pahlawan Kerajaan Tanah Haram iaitu Ruh Faizan (Raja), Aizan Fahmi, Rib'i Amir Al-Ansari (Ketua Panglima), Khalid Alwalid, Mughirah Syu'bah dan Waqqas Qadri.

Pahlawan-pahlawan Kota Hijau Chinmayi, iaitu Arnav dan Ashoka Valavan.

Sembilan Kiai Songo, sekumpulan para ulama yang giat menyampaikan dakwah Islam ketika manusia berada dalam putus harap.

Izrael Junjaki, atau Pendekar Berdosa, bekas Jeneral Sang Asura yang telah kembali ke pangkal jalan. Dia bersama berjuang menentang kuasa Sang Asura setelah bertemu dengan Fathan Adhi, Kiai Bumi.

Antagonis

[sunting | sunting sumber]

Sang Asura, manusia misteri yang telah menubuhkan kerajaan Utopia setelah berjaya mengalahkan lima kerajaan utama dunia. Dia mengaku sebagai tuhan dan semua manusia di dunia wajib sujud kepadanya.

Jeneral-jeneral Sang Asura, iaitu Long Berk (Wilayah Amara), O Zero (Wilayah Ethan), Rafael (Wilayah Midori), End Less (Wilayah Duarte) dan Valdis (Wilayah Brynhildur).

  1. ^ a b Hilal Asyraf (2011). Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam|Sedikit bicara penulis. Selangor: Galeri Ilmu Sdn Bhd.