TB Hassanuddin
TB Hassanuddin merupakan Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Pada Sabtu 8 Oktober 2011, TB Hassanuddin menuduh bahawa bahawa Malaysia mencuri tanah Indonesia di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat dan Sabah-Kalimantan Timur. Dalam dakwaannya, TB Hassanuddin mendakwa bahawa Malaysia mengambil 1,499 hektar tanah di Camar Bulan dan 80 ribu meter persegi pantai Tanjung Datu.[1], [2] Selain itu dia turut menuduh bahawa Malaysia mengusir rakyat Indonesia di situ.[3]. Hasil tuduhannya, satu kumpulan yang dikenali sebagai Forum Betawi Rempug (FBR) telah mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia mengecam Malaysia.[4]
Hal itu turut menyebabkan para pensyarah di beberapa universiti turut menempelak pelajar Malaysia. Hal yang sama turut berlaku di beberapa hospital latihan di mana para doktor dan jururawat Indonesia turut mengasak doktor pelatih Malaysia.[5]
Tuduhan tidak berasas itu telah dinafikan oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono yang memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat, yang diambil oleh Malaysia. Penegasan itu adalah berdasarkan laporan dari Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Maj Jen TNI Geerhan Lantara, yang telah melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlakunya perbuatan itu. Suhartono turut menyatakan bahawa laporan oleh media Indonesia mengenai tuduhan tidak berasas oleh TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan telah memberi kesan psikologi kepada anggota tentera Indonesia bertugas mengawal sempadan di kawasan itu kerana seolah-olahnya mengecilkan tugas dan menidakkan peranan prajurit TNI di kedua-dua kawasan itu.[6]
Sebelum itu, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas. [7]Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tuduhan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR-RI) itu sebagai berniat jahat dan cubaan untuk menjejaskan nama baik Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ RI bantah wilayahnya diambil Malaysia. Terbaru 10 Oktober 2011 - 21:23 WIB
- ^ TB Hasanuddin: Kenapa Kita Mengalah pada Malaysia? Tribunnews.com - Senin, 10 Oktober 2011 10:28 WIB
- ^ TB Hasanuddin : Malaysia Sudah Berani Usir WNI Dari Camar Bulan dan Tanjung Datu Minggu, 9 Oktober 2011 12:48 · Topik: ganyang-malaysia
- ^ Jadikan isu untuk lepas geram, Oleh Amirullah Andi Nur, Hardi Effendi Yaacob, Badrul Hizar Ab Jabar, Nurhasyima Hasim dan Badrul Kamal Zakaria bhnews@bharian.com.my 2011/10/14
- ^ M'sian students advised against reacting to provocation, Posted on 13 October 2011 - 04:28pm
- ^ Panglima TNI Akui Tiada Wilayah Indonesia Diambil Oleh Malaysia.
- ^ Ini Klarifikasi Kemenlu Soal Batas Wilayah RI Ary Wibowo | Kistyarini | Senin, 10 Oktober 2011 | 19:45 WIB
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- [http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/13/mstar_berita/20111013180225&sec=mstar_berita Star Online, Khamis Oktober 13, 2011
Tuduhan Kononnya M'sia Curi Tanah Dari Indonesia Tak Berasas: Ahmad Zahid]