TAN-TI-ANA
Tan-Ti-Ana adalah sebuah filem tempatan bertemakan seram komedi dibawah arahan Rosdi Md.Dali terbitan Dream At Work Sdn Bhd bersama NHF Productions. Filem yang diilhamkan oleh Datuk M.Razlan Ismail, selaku penerbit filem. Filem ini juga dilakonkan oleh empat pelakon utama iaitu Datin Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Joey Daud dan Zalif Sidek serta ramai artis tanah air termasuk artis dari Indonesia iaitu Bocil Bancin.[1] Filem ini telah ditayangkan dipawagam pada 29 Februari 2024 dan telah berada di siaran Netflix bermula 29 Jun 2024. Filem ini merupakan antara filem terakhir yang dilakonkan oleh Allahyarham Abam Bocey yang telah membawa watak sebagai Belon.[2] Selain itu juga, ini adalah filem dan pengalaman pertama bagi pelawak dari Indonesia, Bocil Bancin yang membawa watak sebagai Amir PM.
Tan-Ti-Ana | |
---|---|
Pengarah | Rosdi Md Dali |
Penulis |
|
Lakon layar | Datuk M. Razlan Ismail |
Berdasarkan | Datuk M. Razlan Ismail |
Dihasilkan oleh | Datuk M. Razlan Ismail |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Norhanisham @ Labu |
Disunting oleh | Jeep Rahim |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | Dream At Work Sdn Bhd
NHF Productions |
Diedarkan oleh | United Studios |
Tarikh tayangan | 29 Februari 2024 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Plot
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat iaitu Razman, Jojo dan Roy yang sanggup menerima tawaran penerbitan filem hantu yang telah tertangguh lama disebabkan oleh tekanan kehidupan dan kekurangan kerja didalam industri seni. Demi menjadikan produksi mereka terbaik, mereka sanggup melakukan apa sahaja meskipun terpaksa menggunakan hantu yang sebenar.[3]
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Datin Atikah Suhaime sebagai Tan-Ti-Ana
- Jay Iswazir sebagai Razman
- Joey Daud sebagai Jojo
- Zalif Sidek sebagai Roy
- Kazar Saisi sebagai Wak Jambalee
- Dato' Rahim Razali sebagai Bomoh Agen
- Bocil Bancin sebagai Amir PM
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Datuk Kadir
- Almarhum Abam Bocey sebagai Belon
- Mon Ryanti sebagai Uchee
- Noralbaniah sebagai Kak Nor Makeup
- Baby Shima sebagai Mona
- Mas Khan sebagai Sopi Yusof
- Tauke Jambu sebagai Pembantu Datuk Kadir
- Amai Kamarudin sebagai Handyman
- Mohd Nor Amin @ Noramin Mosyi Mosyi sebagai Pak Mustapha
- Datuk Amy Search sebagai Amy Search
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Tan-Ti-Ana telah diarahkan oleh pengarah Rosdi Md Dali dan terbitan bersama daripada Dream At Work Sdn Bhd dan NHF Productions. Proses penggambaran filem ini pada tahun 2018 dan telah tergendala penerbitannya di pawagam akibat daripada penularan wabak Covid-19.[4]
Filem ini adalah filem pertama bagi Dream At Work Sdn Bhd setelah sekian lama giat mengeluarkan karya telemovie dan program majalah antaranya Ibu Pinjaman, Am'ma, Selendang Putih, Mohon Hantuan, Cinta Round 1, This Is Pilah: The Movie, Hello Suria, Jersi 45, This Is Pilah: Masuk TV, Mencari Puspawangi dan SQFT Tiny House.
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Tan-Ti-Ana telah ditayangkan di pawagam pada 29 Februrari 2024, dengan United Studios bertindak sebagai Pengedar filem ini. Ia juga seiring ditayangkan bersama beberapa filem keluaran tempatan antaranya filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam (15 Februari 2024) dan Janna Endoro (22 Februari 2024).
Filem ini juga ditayangkan di platform Netflix bermula 29 Jun 2024 dan telah mendapat tempat ke-4 dalam carta '10 Filem Teratas di Malaysia Hari Ini' pada hari ke-3 di platform tersebut.[5]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Filem ini telah mendapat sambutan baik daripada penonton kerana jalan ceritanya yang lebih santai ditonton bersama keluarga. Tambahan dengan konsep filem yang bergenre seram komedi, ianya mesra ditonton dalam pelbagai lapisan umur dan masyarakat.
Promosi
[sunting | sunting sumber]Filem Tan-Ti-Ana telah dipromosikan di beberapa platform media seperti di akhbar, dan juga melalui stesen televisyen antaranya program MeleTop dan Radar Skrin.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Lagu tema filem Tan-Ti-Ana' telah dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Datin Atikah Suhaime.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tan-Ti-Ana (2024)". Internet Movie Database (IMDb). Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Hasan, Amri (28 Januari 2024). "Tan-Ti-Ana Filem Terakhir Arwah Abam, Penerbit Terngiang Kata-Kata; "Dia Tahu Dia Takkan Jadi Hero, Tapi ..."". Gempak.
- ^ "Tiga Sahabat Cari Pelakon Utama, Akhirnya Tan-Ti-Ana Muncul Tapi Siapakah Tan-Ti-Ana?". BOOM!. 22 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Ahmad, Adam Hafiz (28 Februari 2024). "Tan-Ti-Ana Filem Seram Komedi Menghantui Penonton Mulai 29 Februari Ini". MYBERITA. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ "TOP 10 on Netflix in Malaysia on July 2, 2024". FlixPatrol. 2 Julai 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "Filem Tan-Ti-Ana". Myinfotaip. 4 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ "Tan-Ti-Ana Filem Terakhir Arwah Abam, Penerbit Terngiang Kata-Kata; "Dia Tahu Dia Takkan Jadi Hero, Tapi ...". Gempak. 28 Januari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ "Tiga Sahabat Cari Pelakon Utama, Akhirnya Tan-Ti-Ana Muncul Tapi Siapakah Tan-Ti-Ana?". Boom. 22 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Sabrina Juhari (28 Februari 2024). "TANTIANA Filem Terakhir Buat Peminat Allahyarham Abam Bocey". Dicapai 4 Julai 2024.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Mac 2024). "Buah tangan terakhir Allahyarham Abam". Dicapai 4 Julai 2024.
- ^ "7 Filem Menarik Bakal Menemui Anda Pada Mac 2024". Glam. 29 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ "Tantiana temui penonton selepas empat tahun Abam Bocey tiada".MyMetro. 11 Januari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ "Filem Tan-Ti-Ana Dedikasi Buat Arwah Abam, Jadi Kenangan Untuk Peminat.". Boom! . 23 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.