T417 (bas Rapid KL)
T417 MRT Batu 11 Cheras - Taman Karunmas | ||||
---|---|---|---|---|
Laluan MRT Batu 11 Cheras–Taman Karunmas | ||||
Gambaran menyeluruh | ||||
Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
Depot | Depoh Bas Kajang | |||
Status | Beroperasi | |||
Perkhidmatan bermula | 16 Julai 2017 | |||
Waktu malam | Ada | |||
Laluan | ||||
Jenis laluan | Laluan perantara | |||
Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
Melalui petempatan | Senarai petempatan
| |||
Melalui mercu tanda | Senarai mercu tanda
| |||
Titik mula | MRT Batu 11 Cheras (Pintu A) | |||
Melalui | Senarai jalan raya
| |||
Titik tamat | MRT Batu 11 Cheras (Pintu A) | |||
Hentian/stesen bas | 38 hentian | |||
Perkhidmatan/servis | ||||
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
Kekerapan | 20–40 minit | |||
Kekerapan hari minggu | 30–60 minit | |||
Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
Zon | Koridor Cheras | |||
Pertukaran ke laluan lain |
| |||
Jadual laluan | Jadual T417 (2020) | |||
|
Laluan bas T417 (MRT Batu 11 Cheras–Taman Karunmas) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T417 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Batu 11 Cheras di Selangor dan menuju ke kawasan petempatan Batu 11 Cheras, Taman Cheras Jaya, Taman Dutamas, Kampung Baru Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman D'Impian Tropika, Taman Setia, Taman Desa Karunmas dan dua kawasan perindustrian iaitu Taman Industri Balakong Jaya dan Taman Perindustrian Alfa Impian.[1][2][3]
Laluan bas ini berkhidmat di 38 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (PYL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T417 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T417 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Laluan bas T417 telah diperkenalkan sehari sebelum MRT Laluan Kajang dibuka secara rasmi iaitu pda 15 Julai 2017 melalui hantaran di Facebook melalui akaun rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).[6] Dalam hantaran tersebut, laluan bas T417 telah tersenarai dalam 23 buah senarai laluan bas perantara MRT yang bakal diperkenalkan menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang pada 16 Julai 2017.[6] Pada awalnya, laluan bas T417 tidak berkhidmat di sekitar Taman Desa Karunmas,[6][3] tetapi menjelang 1 Disember 2017, laluan bas T417 telah diperpanjangkan laluannya dengan memasuki kawasan perumahan Taman Desa Karunmas.[7] Kenyataan rasmi itu dibuat di laman Facebook Rapid KL.[7] Dengan pemanjangan laluan bas ini, 10 hentian baharu bas dibentuk di sepanjang Jalan Balakong Jaya 5, Jalan Penaga, Jalan Karunmas 5 dan Persiaran Karunmas.[1][8]
Laluan bas T417 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Cheras (dalam kategori penomboran laluan bas 400–499).[9] T417 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Batu 11 Cheras, Taman Cheras Jaya, Taman Dutamas, Kampung Baru Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman D'Impian Tropika, Taman Setia, Taman Desa Karunmas, Taman Industri Balakong Jaya dan Taman Perindustrian Alfa Impia. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Batu 11 Cheras, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang (PYL) ke Kwasa Damansara dan Kajang.[1][3]
Terdapat sebanyak 38 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T417, dengan 17 buah hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[1] Masa perjalanan keseruluhan laluan bas ini adalah dalam lingkungan 42 minit dari Hentian Bas MRT Batu 11 Cheras ke hentian bas yang sama.[10] Kekerapan bas laluan ini pula 20 hingga 40 minit pada hari Isnin–Jumaat dan 30 minit hingga 1 jam pada hari Sabtu dan Ahad dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.[10] Bas laluan T410 berkhidmat setiap hari.Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala.[10] Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja iaitu melalui kad Touch 'n Go ataupun kad konsesi bermula tahun 2019.[11][12] Mod pembayaran sebelum tahun 2019 bas perkhidmatan bas laluan T410 ialah melalui wang kertas dan pembayaran elektronik.[12]
Hentian bas
[sunting | sunting sumber]Terdapat 38 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T417.[1][3]
Senarai hentian bas
[sunting | sunting sumber]Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KJ755 | MRT Batu 11 Cheras Pintu A | Jalan SS 2/2 | 9 MRT Batu 11 Cheras Rapid KL: T411, T569 |
|||||
KJ341 | Plaza Kasturi | Jalan Balakong | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ665 | Cheras Selatan 118 | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ666 | Jejantas Taman Sri Indah | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ667 | Susur Cheras Jaya | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ704 | Susur U-Turn Cheras Jaya | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ705 | Symphony Tower | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ421 | Komersial Desa Ria (Opp) | Persiaran Impian | ||||||
KJ413 | Apartment Meranti | Persiaran Impian | ||||||
KJ414 | Apartment Flora (Opp) | Persiaran Impian | ||||||
KJ415 | Apartment Rakyat (Opp) | Persiaran Impian | ||||||
KJ737 | Taman Industri Balakong Jaya | Jalan Sinaran 2 | ||||||
KJ763 | Taman Impian Ehsan 3 | Jalan Balakong Jaya 5 | ||||||
KJ766 | Dewan Taman Impian Ehsan | Jalan Balakong Jaya 5 | ||||||
KJ818 | One Industrial Park | Jalan Penaga | ||||||
KJ860 | Kilang Plastik Ekspedisi Emas (Opp) | Jalan Penaga | ||||||
KJ877 | Padang Permainan (Opp) | Jalan Karunmas 5 | ||||||
KJ878 | Flat Taman Desa Karunmas | Persiaran Karunmas | ||||||
KJ879 | Simpang Jalan Karunmas 3 | Jalan Karunmas 5 | ||||||
KJ880 | Padang Permainan | Jalan Karunmas 5 | ||||||
KJ881 | Kilang Plastik Ekspedisi Emas | Jalan Penaga | ||||||
KJ883 | Simpang Jalan Alfa Impian 3 | Jalan Penaga | ||||||
KJ738 | Dewan Taman Impian Ehsan (Opp) | Jalan Balakong Jaya 5 | ||||||
KJ739 | Taman Setia | Jalan Sinaran 2 | ||||||
KJ418 | Apartment Rakyat | Persiaran Impian | ||||||
KJ419 | Apartment Flora | Persiaran Impian | ||||||
KJ420 | Apartment Serindit | Persiaran Impian | ||||||
KJ421 | Komersial Desa Ria | Persiaran Impian | ||||||
KJ698 | Taman Taming Jaya | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ669 | Komersial Taming Jaya | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ673 | Kampung Baru Balakong | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ703 | Susur U-Turn Cheras Jaya (Opp) | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T569, 590 | |||||
KJ674 | Komersial Dutamas Cheras | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ870 | Columbia Asia Hospital | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ693 | Jejantas AEON Cheras Selatan | Lebuhraya SILK | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ336 | Plaza Kasturi | Jalan Balakong | Rapid KL: T416, T569, 590 | |||||
KJ755 | MRT Batu 11 Cheras Pintu A | Jalan SS 2/2 | 9 MRT Batu 11 Cheras Rapid KL: T416, T569 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T417" [MyRapid - Hentian Bas | T417]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b c d e "MRT Batu 11 Cheras (T417) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
- ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
- ^ a b Fuad, Faris (15 Disember 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2018. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b c d Agensi Pengangkutan Awam Darat (15 Julai 2017). "Terdapat 23 laluan bas baru di bawah Fasa 2 Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Kenalilah kesemua laluan-laluan bas perantara MRT ini". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b Rapid KL (29 November 2017). "Laluan Bas Perantara MRT yang Dipanjangkan Perjalanan - T417". Facebook (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2024.
- ^ Rapid KL (28 November 2017). "Rajah laluan T417 (MRT Batu 11 Cheras-Flat Taman Desa Karun Mas) yang baharu". Facebook. Dicapai pada 2 Mac 2024.
- ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b c "Laluan T417 – MRT Batu 11 Cheras ↺ Taman Karunmas". Moovit. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ BERNAMA (29 Januari 2019). "Bas perantara MRT laksana sistem bayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b Najib (31 Januari 2019). "Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari". Soya Cincau. Mind Blow Sdn. Bhd. Dicapai pada 28 Januari 2024.