T107 (bas Rapid KL)
T107 | ||||
---|---|---|---|---|
MRT Sri Damansara Sentral–Taman Wangsa Permai | ||||
Gambaran menyeluruh | ||||
Pengendali | Rapid KL (Rapid Bus) | |||
Status | Beroperasi | |||
Perkhidmatan bermula | 16 Jun 2022 | |||
Mantan pengendali | Tiada | |||
Waktu malam | Ada | |||
Laluan | ||||
Jenis laluan | Laluan perantara | |||
Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
Melalui petempatan | Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, Taman Perindustrian Togo | |||
Melalui mercu tanda |
| |||
Titik mula | Hab MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A) | |||
Melalui |
| |||
Titik tamat | Hab MRT Sri Damansara Sentral (Pintu A) | |||
Hentian/stesen bas | 14 hentian | |||
Perkhidmatan/servis | ||||
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
Kekerapan | 30–45 minit | |||
Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam) | |||
Zon | Koridor Jalan Ipoh | |||
Pertukaran ke laluan lain |
| |||
|
Laluan bas T107 (Laluan MRT Sri Damansara Sentral–Taman Wangsa Permai) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T107 merupakan sebuah laluan bas perantara dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral di Persiaran Dagang menuju ke seluruh kawasan dalam Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo.[1][2] Memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, selari dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) fasa pertama, laluan bas ini mempunyai 13 buah hentian bas.[2][3][4] Laluan bas T107 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[2]
Gambaran laluan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Laluan bas T107 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Jalan Ipoh (dalam kategori penomboran lauan bas 100–199).[5] T107 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Wangsa Permai, Bandar Sri Damansara, Taman Perindustrian KIP, dan Taman Perindustrian Togo yang menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat ke Stesen MRT Sri Damansara Sentral, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Terdapat sebanyak 13 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T107, dengan tiga hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain seperti laluan 104 dan MPS4.[2][6] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 45 minit dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala. Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja.[7][8] Laluan bas T107 telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022, serentak dengan pemulaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya fasa pertama.[3]
Laluan bas
[sunting | sunting sumber]Titik mula laluan bas T107 terletak di Hab Bas MRT Sri Damansara Sentral Pintu A (kod hentian – PJ866) di susur Persiaran Dagang dekat Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.[9] Perkhidmatan bas T107 pertama kali bakal melalui Persiaran Dagang dengan melewati kawasan perumahan Jati SD 4, lalu membelok ke barat laut menuju ke Persiaran Cemara. Di sepanjang Persiaran Cemara, bas bakal melalui kawasan perumahan Mahogani SD 1, Cemara SD 3 dan Saga SD 4 serta kawasan perindustrian Emas SD 5. Terdapat dua hentian bas yang menyediakan perkhidmatan bas laluan T107 di Persiaran Cemara.[2][6]
Berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Taman Desa Aman Puri, bas T107 bakal membelok ke barat untuk melalui Jalan Aman dan seterusnya Persiaran KIP 2. Di Persiaran KIP 2 dekat Taman Wangsa Permai, terdapat dua hentian bas yang di mana bas T107 berkhidmat di hentian bas itu. Tiba di penamat Persiaran KIP 2, bas akan menuju ke utara melalui Jalan Tago 1, lalu berkelok ke barat daya melalui Jalan KIP 7 di Taman Perindustrian KIP, Selayang. Laluan diteruskan lagi dengan melewati Jalan KIP 6, Jalan KIP 5 dan Jalan YTN 2. Berdekatan dengan stesen minyak Petronas cawangan Kepong Industrial Park, laluan bas bakal membelok ke tenggara untuk melewati Jalan Tago 1 semula, lalu merentasi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tiba di penamat Jalan Tago 1, bas akan menuju ke timur untuk berkhidmat di sekitar Persiaran Industri, lalu Persiaran Jati dan seterusnya kembali ke Persiaran Dagang menuju ke titik tamat. Laluan bas T107 bakal tamat di Hab Bas MRT Sri Damansara Sental Pintu A.[2][6]
Hentian bas
[sunting | sunting sumber]Terdapat 14 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T107.[2][6]
Senarai hentian bas
[sunting | sunting sumber]Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
PJ866 | MRT Sri Damansara Sentral Pintu A | Susur Persiaran Dagang | 12 MRT Sri Damansara Sentral Rapid Bus: T108, T109 |
Titik mula | ||||
PJ867 | Perumahan Jati SD 4 | Persiaran Cemara | ||||||
PJ640 | Flat Seri Cemara (Bertentangan) | Persiaran Cemara | ||||||
SL546 | Aman Dua Apartment | Jalan Aman | Bas Smart Selangor: MPS4 Selangor Omnibus: 104 |
Sekadar melalui | ||||
SL209 | Taman Wangsa Permai | Persiaran KIP 2 | Bas Smart Selangor: MPS4 Selangor Omnibus: 104 |
|||||
SL616 | Mas Kipark Damansara | Persiaran KIP 2 | Bas Smart Selangor: MPS4 Selangor Omnibus: 104 |
|||||
SL617 | Komersial KIP | Jalan Tago 1 | ||||||
SL618 | Taman Perindustrian KIP | Jalan KIP 7 | ||||||
SL619 | Taman Perindustrian KIP 2 | Jalan KIP 8 | ||||||
SL620 | Kawasan Perindustrian Togo | Jalan Togo 1 | ||||||
PJ868 | Pusat Dagangan Sri Damansara | Persiaran Industri | ||||||
PJ869 | Perindustrian SD 5 | Persiaran Industri | ||||||
PJ870 | Komersial Jalan Emas SD 5 | Persiaran Industri | ||||||
PJ866 | MRT Sri Damansara Sentral Pintu A | Susur Persiaran Dagang | 12 MRT Sri Damansara Sentral Rapid Bus: T108, T109 |
Titik tamat |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Mass Rapid Transit (MRT) Corp. 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ a b c d e f g h "MyRapid - Bus Kiosk | T107" [MyRapid - Hentian Bas | T107]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
- ^ a b Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Kuala Lumpur: Pandu Laju. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T107 (MRT Sri Damansara Sentral – Taman Wangsa Permai)". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
- ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b c d e "Laluan T107 Rapid KL | MRT Sri Damansara Sentral ↺ Taman Wangsa Permai". Moovit. 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Hazril Hafiz (17 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac — apa yang perlu anda tahu; soalan lazim, terma & syarat". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan T107 (bas Rapid KL) di Wikimedia Commons