Tönnies Holding
Dinamakan sempena | Bernd Tönnies |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Swasta |
Industri | Makanan dan perkhidmatan |
Ditubuhkan | 1971 |
Pengasas | Bernd Tönnies |
Ibu pejabat | Rheda-Wiedenbrück , Jerman |
Kawasan perkhidmatan | Sedunia |
Keluaran | Pemprosesan daging |
Hasil | 6,820,000,000 euro (2022) |
Pemilik | Clemens Tönnies |
Bilangan kakitangan | 19,640 (2021) |
Anak syarikat | Zur-Mühlen-Gruppe |
Tapak web | toennies |
sunting · sunting di Wikidata |
Tönnies Holding ialah perniagaan keluarga Jerman dalam industri daging yang ditubuhkan pada 1971, yang juga beroperasi di peringkat antarabangsa. Syarikat ini dengan kira-kira 16,500 orang pekerja menjana penjualan tahunan sebanyak EUR 6,65 bilion pada 2018 (7,5 bilion pada 2019).[1] Perniagaan utamanya adalah memproses daging babi dan daging lembu. Untuk daging babi, Tönnies adalah peneraju utama bagi pasaran Jerman.[2] Tönnies beribu pejabat di Rheda-Wiedenbrück di Westphalia Timur, Jerman. Tönnies terbahagi kepada lapan segmen perniagaan: Daging Babi & Lembu, Kemudahan, Sosej, Bahan, Logistik, Perkhidmatan Antarabangsa dan Pusat. Tönnies meneruskan strategi pengantarabangsaannya dengan 25 buah pejabat di negara asing, tempat pengeluaran Jerman dan antarabangsa. Bahagian eksport adalah sekitar 50 peratus.[3]
Pemilik utama ialah jutawan Clemens Tönnies dengan bahagian 45% syarikat gergasi industri makanan.[4] Pada 2019, Clemens Tönnies digantung sementara dari jawatannya sebagai ketua lembaga penyelia pasukan bola sepak Jerman FC Schalke 04 kerana tuduhan kenyataan rasisme.[5]
Persatuan Sekutu Pekerja, Makanan, Pertanian, Hotel, Restoran, Katering, Tembakau dan Antarabangsa (IUF) mengkritik Tönnies kerana "keadaan tempat kerja yang menyedihkan", dengan lebih daripada 70% pekerja di kilang utama bekerja di bawah kontrak kerja sementara.[6][7]
Pada 17 Jun 2020, aktiviti pekerjaan diberhentikan di rumah penyembelihan Tönnies di Rheda-Wiedenbrück kerana jangkitan COVID-19 yang berasal dari sana. Pada tarikh itu, 657 orang pekerja telah diuji positif untuk virus tersebut.[8] Petang itu, daerah Gütersloh menutup semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak sehingga cuti musim panas. Ia juga menutup semua pejabat pos dan membatalkan latihan untuk FC Gütersloh 2000 serta demonstrasi Black Lives Matter yang akan datang.[9] Canselor Angela Merkel turut mengumumkan larangan perhimpunan awam sehingga Oktober.[10]
Pada 20 Jun 2020, jumlah jangkitan telah melebihi 1,000 orang.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Umsatz von Tönnies bis 2019". Statista (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
- ^ "Führende Schweineschlachtereien in Deutschland 2019". Statista (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
- ^ "Tönnies Lebensmittel GmbH & Co. KG". Agrobrain (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
- ^ "Clemens Toennies & family". Forbes (dalam bahasa Inggeris). 14 Ogos 2019. Dicapai pada 27 April 2020.
- ^ https://www.welt.de/themen/clemens-toennies/ (dalam bahasa Jerman)
- ^ http://www.iuf.org/w/?q=node/7057
- ^ http://www.iuf.org/w/?q=node/5193
- ^ https://www.dw.com/en/coronavirus-over-600-people-test-positive-at-german-slaughterhouse/a-53846038 (dalam bahasa Inggeris)
- ^ https://www.tagesspiegel.de/wissen/7000-menschen-unter-quarantaene-toennies-stoppt-schlachtbetrieb-nach-corona-ausbruch-mit-ueber-600-infizierten/25923896.html (dalam bahasa Jerman)
- ^ "Jerman berdepan gelombang baharu jangkitan Covid-19". Sinar Harian. 18 Jun 2020. Dicapai pada 25 Jun 2020.
- ^ https://www.dw.com/en/coronavirus-german-slaughterhouse-outbreak-crosses-1000/a-53883372 (dalam bahasa Inggeris)
Pautan
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi (dalam bahasa Inggeris)