Pergi ke kandungan

Espada dalam Bleach

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Szayel Aporro Grantz)
Ahli-ahli Espada.
Aras atas: Nnoitora, Barragan, Grimmjow, Aaroniero, Halibel.
Aras bawah: Yammy, Stark, Ulquiorra, Zaera-Polo, Zomari.

Golongan Espada merupakan sekumpulan arrancar di dalam siri anime dan manga Bleach. Golongan Espada terdiri daripada sepuluh orang ahli pada setiap masa, di mana kedudukan mereka adalah berdasarkan kekuatan mereka. Espada dalam siri Bleach merupakan antagonis yang penting selepas babak-babak Soul Society dan Bount.

Ahli-ahli اهلي٢

[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli Espada disenaraikan di sini menurut pangkat bagi mereka yang telah dikenalpasti kedudukannya, manakala Espada yang masih belum didedahkan kedudukan mereka, disenaraikan menurut waktu mereka diperkenalkan. Hanya kedudukan sebenar Stark, Halibel dan Barragan sahaja yang belum didedahkan, namun mereka disahkan memegang kedudukan satu hingga tiga.

  • Disuarakan oleh: Rikiya Koyama

Stark (スターク, Sutāku) ialah arrancar lelaki yang tampak malas seperti Kyōraku Shunsui. Pada permulaan mesyuarat yang dihadiri oleh semua Espada, dia merungut kerana dikejutkan daripada tidur. Malah, sebelum itu, dia juga sedang lena sementara Espada yang lain dimaklumkan tentang berita kematian seorang Espada. Apabila dia sedar tentang perkara tersebut, Stark juga bersikap acuh tidak acuh. Rambutnya hitam ke paras bahu dan dibelah di tengah. Tinggalan topengnya berada di rahang bawahnya yang kelihatan seperti seutas rantai. Lubang hollownya berada di sternum di bawah topengnya.

Fracción Stark bernama Lilinette (リリネット, Ririnetto), seorang arrancar perempuan yang berkelakuan agak nakal, ditunjukkan melalui cara yang digunakannya untuk mengejutkan Stark daripada tidur: pertama dengan memaksa masuk tangannya ke dalam tekak Stark, kemudian dengan memicit testikalnya. Selain daripada perangai kebudak-budakkannya, dia tetap menunjukkan sedikit kebimbangan terhadap kejadian yang merbahaya di Hueco Mundo.

  • Disuarakan oleh: Shōzō Iizuka

Barragan (バラガン, Baragan) ialah seorang arrancar tua. Bekas peninggalan topeng hollow Barragan berbentuk seperti makhota dengan lima penjuru. Dia mempunyai kesan parut besar di bahagian kiri dagunya dan disepanajng mata kanannya. Dia memakai jaket berlengan pendek dengan kolar berbulu. Sebagai tambahan kepada obinya, dia juga memakai tali pinggang yang terdiri daripada tiga buah rantai tebal yang disambungkan pada kepala tali pinggang dengan simbol matahari. Barragan mempunyai empat Fracción gergasi.

  • Disuarakan oleh: Megumi Ogata

Halibel (ハリベル, Hariberu) merupakan Espada wanita yang tunggal. Halibel tidak gemar berbicara. Kulitnya berwarna hitam manis, mata berwarna hijau, rambutnya dicacakkan dengan warna perang, serta berpakaian jaket arrancar yang mempunyai potongan lain daripada yang lain, di mana bahagian dadanya didedahkan. Jaketnya dipanjangkan sedikit di dalam anime untuk menutup bahagian tersebut. Halibel membawa zanpakutō di bahagian belakangnya; pedang itu sendiri kelihatan lebar dan pendek berbanding pedang-pedang milik arrancar lain dan mempunyai hulu bercorak ala-Barat. Peninggalan bekas topeng hollow Halibel ditutup sedikit oleh kolarnya, namun terdapat kesan-kesan yang menunjukkan bahawa Halibel mempunyai beberapa kepingan topeng tersebut di kedua-dua belah pipinya, termasuk juga kepingan yang lebih kecil disekitar rongga matanya.

Fracción Halibel terdiri daripada tiga orang arrancar wanita: Mila Rose, Apache, dan Sun-sun. Mereka bertiga hanya ditunjukkan seketika sehaja, sewaktu mereka menyaksikan pertarungan di antara Ichigo dan Grimmjow. Halibel memberitahu mereka bahawa perasaan takut yang dirasai adalah biasa dan mereka harus menghargai perasaan tersebut. Mila dan Apache kelihatan agak kompetitif manakala Sun-sun kelihatan lebih matang.

Neliel Tu Oderschvank

[sunting | sunting sumber]
Nel seperti yang dilihat dalam bentuk kanak-kanak dan dewasanya.

  • Disuarakan oleh: Tomoko Kaneda

Neliel Tu Oderschvank (ネリエル・トゥ・オーデルシュヴァンク, Nerieru Tu Ōderushuvanku), lebih dikenali sebagai Nel Tu[1] (ネル・トゥ, Neru Tu), ialah seorang arrancar yang secara semula jadinya bersifat baik, dan kelihatan seperti seorang budak kecil apabila pertama kalinya diperkenalkan. Peninggalan topeng hollow Nel mempunyai corak tengkorak ala-kartun di atas kepalanya. Paras rupa Nel jauh berbeza dengan kosa katanya yang mengandungi perkataan-perkataan yang biasanya tidak diketahui oleh seorang kanak-kanak, misalnya seperti merujuk kepada dirinya sebagai seorang masokis. Nel dan rakan-rakannya merupakan sekumpulan hollow yang berbeza daripada kaumnya sendiri; meskipun kebanyakan hollow bersifat jahat, Nel sebenarnya takut akan shinigami, menganggap bahawa golongan itu adalah golongan yang sebenar-benarnya jahat. Disebalik tanggapan ini, Nel tetap menyanjungi Ichigo dan seringkali berpaut kepadanya lalu mengikutnya ke dalam Las Noches.

Bentuk asal Nel kelihatan seperti seorang wanita matang dengan rambut yang lebih panjang, namun ciri-ciri lain tidak banyak berubah. Topeng hollow Nel melalui perubahan kecil, dengan terdapatnya sepasang tanduk melengkung dan bentuknya yang kurang berupa kartun. Simbol tatu "3" dilihat di belakangnya, menandakan bahawa dia merupakan bekas Espada ke-3.[2] Nel dibuang keluar Las Noches oleh Nnoitra Jiruga selepas Espada tersebut melakukan serangan hendap ke atas dirinya bersama-sama Szayel Aporro Granz yang telah mengakibatkan Nel bertukar ke bentuk kanak-kanaknya serta mendatangkan kesan sampingan iaitu amnesia. Disebabkan oleh amnesianya, Nel berasa was-was semasa Nnoitra memanggil Nel sebagai bekas Espada. Tetapi, apabila Nnoitra cuba mematahkan pergelangan tangan Ichigo, kerisauan Nel menyebabkannya berubah kembali pada bentuk asalnya secara tiba-tiba. Meskipun telah membesar secara fizikal, Nel tetap mempunyai perangai yang sama terhadap Ichigo, apabila dia dengan tiba-tiba memeluk Ichigo sesudah menyerang Nnoitra tanpa menyedari bahawa Ichigo hampir pengsan. Nel kemudiannya berubah semula kepada bentuk kanak-kanaknya, tanpa mengingati kejadian sebelumnya, di mana Nnoitra ditinggalkan di pertengahan pertarungan dan menunjukkan belas kasihannya terhadap Nel.

Kebolehan Nel pada awalnya adalah untuk menelan serangan musuh dan menembak kembali serangan itu dengan impak yang kuat, ditunjukkan pada mata-mata topengnya yang bersinar.[3] Muntahnya (yang dianggap sebagai air liur oleh Nel) juga bertindak sebagai ejen penyembuh yang mantap. Dalam bentuk dewasa, kepantasan serta kekuatan Nel ditingkatkan, dan kebolehannya menelan serangan musuh adalah lebih mudah untuk digunakannya. Menurut Nnoitra, kehebatan Nel dalam penggunaan kebolehannya dilihat apabila dia menyerap serangan cero dengan menelannya, lalu membalas kembali cero tersebut dengan menggandakannya dengan cero dirinya sendiri, justeru mencipta "Cero Doble" (doble bermaksud berganda dalam bahasa Sepanyol).[4]

Zanpakutō Nel, yang muncul apabila dia berubah ke bentuk asalnya, bergelar Gamuza (羚騎士(ガミューサ), Gamyūsa, bahasa Sepanyol untuk seekor "chamois", bahasa Jepun untuk "pahlawan antelop") bersertakan sarung pedang berwarna hijau dengan hulu yang berbentuk seperti dua sabit bulan bersandar pada diri masing-masing. Arahan lepasannya ialah "isytihar" (謳え, utae).[5] Bentuk lepasannya berupa seperti sentora berupa kambing gurun dengan tanduk-tanduk melengkung yang lebih panjang, ekor yang tebal, dan sebuah perisai yang melapik bahu dan tangannya. Pedangnya berubah menjadi lembing berhulu dua. Salah satu daripada serangan Nel digelar Lanzador Verde (bahasa Sepanyol yang bermaksud "pelontar hijau" atau "penombak hijau"), di mana lembing tersebut dilontarnya pada kelajuan yang laju dengan putaran yang kuat ke arah musuh, sekaligus mengubah lembing tersebut menjadi sebuah gerudi gergasi yang menembusi apa sahaja yang menghalang laluannya.

Ulquiorra Schiffer

[sunting | sunting sumber]

Nnoitra Jiruga

[sunting | sunting sumber]

Grimmjow Jeagerjaques

[sunting | sunting sumber]
Luppi dalam bentuk sebelum dan selepas tahap lepasannya.
  • Disuarakan oleh: Daisuke Kishio

Luppi (ルピ, Rupi)[6] menggantikan tempat Grimmjow Jeagerjaques buat sementara waktu sebagai Espada ke-6 apabila Grimmjow dilucutkan pangkatnya kerana kehilangan tangan kirinya. Luppi ialah Espada yang muda dengan rambut hitam pendek dan wajah kewanitaan. Dia mempunyai tiga tanda berlian pada dahinya di atas kenih kiri. Tinggalan topengnya berada di bahagian kiri kepalanya. Pakaian Luppi terdiri daripada baju berlengan panjang yang menyembunyikan tangannya. Lubang hollownya ditutupi oleh pakaiannya, namun tatunya dapat dilihat di sebelah kanan pinggangnya.

Luppi bersifat bongkak. Dia sering menyindir Grimmjow kerana kehilangan pangkat Espadanya. Dia juga selalu meminta maaf dalam nada yang tidak ikhlas selepas menghina seseorang. Tetapi, Luppi merupakan seorang kombatan yang agak berkuasa memandangkan dia mampu menentang beberapa orang pihak lawan sekaligus dalam peristiwa pencerobohan Bandar Karakura yang ketiga.

Luppi bertolak ke Bandar Karakura dengan Grimmjow, Wonderwice Margera dan Yammy untuk bertarung dengan shinigami dan bertindak sebagai pengalih tumpuan sementara Ulquiorra Schiffer menangkap Inoue Orihime. Dia bertarung dengan beberapa shinigami secara serentak dan melepaskan zanpakutōnya sebelum ditewaskan oleh Hitsugaya Tōshirō. Sebelum Hitsugaya berpeluang menghapuskannya, Ulquiorra mengarahkan semua Espada untuk mengundur dan Luppi diselamatkan oleh medan negación. Semasa dia ditarik pulang ke Hueco Mundo, Luppi bersumpah untuk membunuh Hitsugaya dalam pertemuan mereka yang seterusnya. Di Las Noches, tangan Grimmjow dipulihkan. Grimmjow kemudiannya menggunakan tangan baharunya untuk menembusi tubuh Luppi sebelum menghancurkan badan atas Luppi dengan cero. Luppi dan Ichimaru Gin nampaknya merupakan kawan kerana Gin mengatakan bahawa dia berasa kesunyian selepas kematian Luppi.

Zanpakutō Luppi ialah Trepadora (蔦嬢(トレパドーラ), Torepadōra, Bahasa Sepanyol yang bermaksud "Pokok Anggur," Bahasa Jepun untuk "Gadis Tumbuhan Menjalar"), sebilah pedang pendek berupa kodachi atau tantō yang diletakkan berdekatan kawasan ketiak. Tredapora diaktifkan dengan arahan "cekik" (縊れ, kubire).[7] Apabila Tredapora dilepaskan, lapan buah sulur paut keluar daripada sebuah karapas yang terletak di belakang Luppi. Topeng Luppi juga melalui perubahan, membesar menjadi sebuah helmet boleh-ubah. Luppi juga boleh, secara bebasnya, mengawal tentakel-tentakel ini untuk menyerang musuh, menjadikannya arrancar yang hebat bertarung dalam kumpulan. Tentakelnya juga boleh menumbuhkan jarum-jarum untuk melakukan serangan yang lebih merbahaya. Karapasnya mampu berpusing, membenarkan Luppi untuk memutarkan tentakel-tentakelnya seperti bilah-bilah kipas sebuah helikopter.[8]

Zommari Leroux

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Taiten Kusunoki

Zommari Leroux (ゾマリ・ルルー, Zomari Rurū) ialah seorang arrancar yang tinggi dan berkulit gelap. Dia memiliki sifat-sifat yang tenang dan jarang bercakap sehinggalah bertemu dengan Kuchiki Byakuya. Peninggalan topeng hollow Zommari terdiri daripada satu barisan tulang-tulang kecil yang berceracak terkeluar disepanjang bahagian atap kepalanya, termasuklah anting-anting yang berbentuk seperti tulang, serta seutas rantai leher yang dibuat daripada tulang. Selepas mendapati bahawa Aaroniero Arruruerie telah dibunuh, Zommari segera mencari pembunuh Aaroniero, iaitu Kuchiki Rukia. Dia diganggu oleh Byakuya, dan mereka berdua telah bertarung. Meskipun dia telah melepaskan zanpakutōnya dan telah cuba menggunakan kebolehan yang mampu digunakan terhadap Byakuya, dia tewas kepada bankai Byakuya. Menyedari bahawa dirinya ditewaskan, dia dengan perasaan penuh marah mengatakan bahawa golongan shinigami merupakan sekumpulan makhluk yang biadap dan mementingkan diri sendiri apabila mereka mempercayai bahawa mereka berhak untuk memburu golongan hollow serta menentukan nasib mereka hanya kerana diri mereka menganggap pihak hollow sebagai pihak yang jahat. Byakuya kemudiannya memberinya serangan terakhir, dan Zommari dibunuh sambil menyeru nama Aizen.

Zommari merupakan Espada ke-7 dan telah mengakui mempunyai sonído yang terpantas dikalangan Espada lain. Dengan sonído, Zommari boleh meninggalkan beberapa imej ciptaan dirinya (maksimumnya lima) apabila dia bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain, yang telah diberikan nama Gemelos Sonído (双児響転(ヘメロスソニード), Hemerosu Sonīdo, bahasa Sepanyol yang bermaksud "bunyi berganda," bahasa Jepun yang bermaksud "revolusi kembar bergema"). Zanpakutōnya digelar Brujería (呪眼僧伽(ブルヘリア), Buruheria, bahasa Sepanyol yang bermaksud "sihir," bahasa Jepun yang bermaksud "sangha mata-mata sihir") dan menyerupai katana biasa kecuali bahagian hulunya yang berupa sebagai cakera tebal dengan ceracak yang terkeluar di bahagian pusarnya. Tahap lepasannya diaktifkan dengan arahan "tenggelamkan" (鎮まれ, shizumare, boleh juga diterjemah sebagai "tahan" atau "turunkan"). Apabila dilepaskan, Brujeria meliputi seluruh tubuhnya dengan lima puluh mata-mata yang tersusun di bahagian tubuh yang baru terbentuk, dan kakinya digantikan oleh sejenis struktur berupa labu yang dipenuhi rupa-rupa yang hanya muncul sebagai mata. Menggunakan mata-mata yang tertanam di badannya, Zommari boleh mengawal satu jenis objek menggunakan satu matanya. Dia merujuk kepada kesannya sebagai amor (bahasa Sepanyol yang bermaksud "cinta"). Walaupun Zommari boleh mengawal satu anggota badan menggunakan satu daripada mata-matanya, dia mampu mengawal seluruh tubuh seseorang dengan mengambil alih kawalan bahagian kepala. tahap lepasan Zommari juga boleh digunakan sebagai mekanisma pertahanan kerana bahagian bawahnya mampu menutup dan melindungi dirinya dengan berbentuk sebagai sebuah sfera.

Szayel Aporro Grantz

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Kōsuke Toriumi
Szayel Aporro Granz bersama-sama golongan Fracción miliknya.

Szayel Aporro Granz (ザエルアポロ・グランツ, Zaeruaporo Gurantsu, kadang-kala dieja dalam bahasa Inggeris di Jepun sebagai Szayelaprro Granz) ialah seorang arrancar yang merupakan Espada ke-8, juga adik kepada Yylfordt Granz. Dia mempunyai rambut mencecah bahu yang berwarna merah jambu dan mata berwarna merah-jingga. Peninggalan topeng hollow Szayel terdiri daripada cermin mata segi empat yang memberinya rupa yang cerdik dan bijaksana. Szayel merupakan saintis dan seorang intelektual dikalangan Espada, menganggap dirinya sebagai yang terbaik dan menjalankan rancangannya dengan teliti. Dia mempunyai beberapa kaedah untuk menganalisis kebolehan seseorang, misalnya seperti mempelajari kecederaan yang dilakukan musuh terhadap musuh mereka yang sebelumnya. Sejurus selepas melakukan demikian, Szayel kini menjadi kebal daripada kesan-kesan kebolehan mereka, menjadikannya selamat daripada serangan-serangan mereka secara langsung. Szayel berkelakuan agak sadis dan melihat orang lain hanya sebagai bahan kajian, hampir serupa dengan sifat-sifat yang ditunjukkan Kurotsuchi Mayuri. Dia tidak menghiraukan mereka yang bukan hollow, dan berharap pada suatu hari nanti, Aizen akan melenyapkan mereka yang bukan hollow buat selama-lamanya.

Selain daripada kekebalan yang dimiliki Szayel selepas mempelajari musuh-musuhnya, dia juga mempunyai Fracción di bawah arahannya sendiri. Szayel telah mengubah mereka dan mampu menggunakan mereka untuk perkara-perkara yang unik, seperti memakan mereka untuk menyembuhkan lukanya. Nama zanpakutō Szayel ialah Fornicarás (邪淫妃(フォルニカラス), Forunikarasu, bahasa Sepanyol untuk "akan berzina," bahasa Jepun untuk "Gundik Berahi"). Arahan pengaktifannya ialah "hirup" (啜れ, susure).[9] Szayel melakukan tahap lepasan dengan menelan zanpakutōnya. Badannya kemudian akan membengkak kepada saiz yang besar dan akhirnya meletup, mendedahkan bentuk lepasannya. Bentuk ini memberi tubuh Szayel sepasang struktur berupa sayap daripada belakangnya manakala bahagian bawah tubuhnya bertukar menjadi tentakel-tentakel yang panjang. Cecair yang rupanya seperti darah menitis daripada pakaiannya, hujung-hujung jarinya serta sayapnya dalam bentuk ini.

Bentuk lepasan Szayel memberikannya beberapa jenis kebolehan yang agak unik. Apabila titisan-titisan cecair daripada tubuhnya bersentuhan dengan musuh, sebuah salinan kepada musuhnya tersebut akan tercipta, yang menggunakan kebolehan yang disalin bersama-sama daripada pemilik asalnya. Szayel selalunya mengubah bentuk rupa klon-klon ini untuk menjadikan mereka lebih bersesuaian dari segi estetik. Dengan membalut para musuh dalam sayapnya, Szayel mampu mencipta patung-patung voodoo yang mewakili musuh-musuhnya. Mana-mana kerosakan yang dilakukan ke atas organ dalaman patung-patung ini (didapati dengan mencabut bahagian-bahagian luar dan mengeluarkan organ-organ mereka tanpa mencederakan tubuh asal) akan menimpa tuan asalnya, melemahkan mereka daripada sudut dalaman. Jika Szayel ditelan hidup-hidup, dia boleh mengawal sistem saraf musuhnya itu, membenarkannya untuk mengawal sepenuhnya tubuh badan musuhnya. Kebolehannya yang terakhir, dinamakan "Gabriel", membenarkannya untuk dilahirkan semula jika dia dicederakan dengan teruk dan tiada harapan disembuhkan, dengan menanam benihnya ke dalam seseorang musuh. Dia kemudiannya keluar dengan membaham musuhnya, membunuh mereka dalam proses ini. Szayel berasa bangga dengan kebolehannya ini, membandingkannya dengan phoenix.

Szayel bertempur dengan Abarai Renji serta Ishida Uryū dalam sebuah pertarungan, di mana sepanjang pertarungan mereka Szayel berjaya mempertahankan dirinya daripada serangan-serangan mereka dengan "kekebalan" yang diciptanya. Apabila dia hampir menamatkan nyawa mereka setelah kehilangan minat ke atas mereka, Kurotsuchi Mayuri tiba untuk membantu mereka. Mayuri yang mempunyai kebolehan dan kefahaman saintifik yang setaraf dengan Szayel berjaya menggagalkan segala kebolehan yang dilontarkan Szayel ke arahnya. Szayel yang telah dibunuh oleh Mayuri melahirkan dirinya semula menerusi Kurotsuchi Nemu, namun Mayuri telah memberi Nemu sejenis racun yang melambatkan masa reaksi dan persepsi Szayel, di mana satu saat dirasainya sebagai satu abad.[10] Apabila tubuh Szayel gagal mengikut rentak mentalnya yang ditingkatkan persepsinya, dia secara terus dilumpuhkan. Mayuri menikamnya di bahagian jantungnya lalu mematahkan pedang tersebut, membiarkan Szayel sengsara di atas kesakitan yang dirasainya sebagai selama-lamanya, sambil memohon diberikan kematian secepat yang munking.

Aaroniero Arruruerie

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Toshihiko Seki
Rupa sebenar Aaroniero.

Aaroniero Arruruerie (アーロニーロ・アルルエリ, Āronīro Arurueri)[11] merupakan Espada ke-9 dalam barisan tentera Aizen Sōsuke. Aaroniero dahulunya merupakan Menos Grande kelas gillian - kelas paling lemah bagi menos - sebelum dia menjadi arrancar. Keupayaan uniknya untuk menyerap kuasa hollow lain menyebabkan Aaroniero merangkul jawatan ini. Sehingga kini, dia telah menyerap kuasa 33 650 hollow. Dia biasanya menutupi mukanya dengan topeng putih yang dilitupi dengan lubang semasa berada di tempat bercahaya. Di kedudukan kepala terdapat sebuah kapsul berisi cecair merah dan dua kepala terapung-apung.

Aaroniero mempunyai keupayaan untuk menyerap kuasa hollow lain dan menggabungkan kuasa mereka dengan kuasanya sendiri. Apabila hollow tersebut berjaya diserap sedemikian, Aaroniero boleh memanipulasi hollow tersebut sesuka hatinya, termasuklah mengambil ciri-ciri fizikalnya. Melalui satu siri peristiwa yang agak pelik, Aaroniero juga menyerap kuasa seorang shinigami - Shiba Kaien dengan menyerap Metastacia, hollow yang mampu bergabung dengan tubuh serta minda mana-mana makhluk bersemangat. Walaupun Aaroniero boleh memperlakukan kuasa hollow mangsanya sebagaimana yang dikehendaki olehnya, dia hanya boleh menggunakan keupayaan ini sekali sahaja, kecualilah jika dia berada dalam bentuk lepasan. Namun, jika Aaroniero terdedah kepada cahaya matahari, kuasanya akan luluh dan Aaroniero akan kembali ke bentuk asal. Dia juga mempunyai kebolehan untuk menyebarkan apa-apa maklumat (seperti senario yang disaksikan olehnya atau pengalaman peribadinya) kepada arrancar lain.

Aaroniero bersemuka dengan Kuchiki Rukia di Las Noches dan mempermainkan Rukia dengan menggunakan identiti Kaien. Rukia berjaya membunuh Aaroniero dalam pertarungan.

Zanpakutō Aaroniero ialah Glotonería (喰虚, yang bermaksud "makan hollow", bahasa Sepanyol untuk "tamak"). Lepasannya diaktifkan dengan arahan "makan" (喰い尽くせ, kuitsukuse).

  • Disuarakan oleh: Kenji Nomura
Yammy menggunakan tembakan bala.

Yammy (ヤミー, Yamī)[12] merupakan seorang arrancar berbadan besar dan berkulit gelap, dengan tengkorak berbatas yang pelik dan rambut hitam yang ditocangnya. Peninggalan topeng hollow Yammay adalah setakat di bahagian dagunya sahaja. Simbol tatu "0" yang menandakan kedudukan Yammy dikalangan Espada yang lain, terletak di bahu kirinya,Ini menunjukkan bahawa Yammi adalah espada paling terkuat.. Taktik Yammy yang selalunya berasaskan "serang dahulu baru fikir" telah mengakibatkannya bergantung kepada kekuatan fizikal sepenuhnya, dan tidak menggunakan pedangnya sehingga dirinya sahaja tidak mampu menahan serangan musuh. Selain daripada kekuatannya, dia mampu menggunakan tembakan-tembakan cero dan bala. Dia bergantung kepada ketuanya, iaitu Ulquiorra Schiffer, untuk memberikannya arahan dan menjelaskan perkara di dalam pertarungan. Selain daripada kebolehannya, Yammy mampu menyedut masuh roh-roh manusia yang hidup secara besar-besaran menggunakan gonzui (魂吸(ゴンズイ), bahasa Jepun yang bermaksud "nafas nyawa"). Teknik ini boleh digunakan pada kawasan yang luas, namun mana-mana individu dengan kuasa rohani yang kuat mampu terlepas daripadanya.

Privaron Espada

[sunting | sunting sumber]
Gantenbainne (kiri), Dordonii (atas), dan Cirucci (bawah).

Golongan Privaron Espada merupakan bekas Espada, namun selepas Aizen mendapat Sfera Pembiasan mereka diturunkan pangkat untuk memberi laluan kepada arrancar tiruan yang dicipta Aizen.

Dordonii Alessandro Del Socacchio

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Kōji Ishii - Arrancar ke-103

Dordonii Alessandro Del Socacchio (ドルドーニ・アレッサンドロ・デル・ソカッチオ, Dorudōni Aressandoro Deru Sokacchio) menyerupai gambaran seorang syaitan stereotaip. Rambutnya diubahnya menjadi sepasang "tanduk", dan dia mempunyai jambang dan misai di mukanya. Peninggalan topeng hollow Dordonii terdiri daripada satu lapisan kecil dengan tanduk yang serupa di bahagian rambutnya. Jika dibandingkan dengan arrancar lain, Dordonii memilki personaliti yang lebih "sewel" atau bersikap bodoh, serupa dengan watak Don Kanonji. Akan tetapi dia lebih bersikap serius dalam pertarungan. Dalam pertarungan bersama Kurosaki Ichigo, Dordonii merujuk kepada Nel Tu sebagai "bebé" (bahasa Sepanyol untuk perkataan baby, istilah yang hampir sinonim dengan "sayang") dan kepada Ichigo sebagai "niño" (bahasa Sepanyol untuk perkataan boy atau "budak lelaki"). Dordonii telah cuba untuk memaksa Ichigo menggunakan bankai dan topeng hollownya, dengan harapan agar dirinya dikembalikan semula ke kedudukan lamanya dengan mengalahkan Ichigo yang berada pada tahapnya yang paling handal. Dia tewas di tangan Ichigo sebaik sahaja Ichigo bersetuju menggunakan kuasanya, kemudian pula berterima kasih kerana menggunakan kuasanya dengan menentang golongan Exequais untuk memberi masa kepada Ichigo melarikan diri. Terdapat beberapa bukti tersirat yang menunjukkan dia dibunuh oleh golongan Exequias.

Zanpakutō Dordonii digelar Giralda (暴風男爵(ヒラルダ), Hiraruda, merujuk kepada Giralda, bahasa Jepun untuk "baron ribut") dan dilepaskan dengan arahan "pusar" (旋れ, maware). Apabila Giralda dilepaskan, Dordonii menumbuhkan beberapa tanduk besar pada bahu dan perisai yang bermula daripada kakinya dan terjulur keluar di bahagian pinggangnya bersama-sama dua lagi tanduk. Topengnya juga membesar, menutup mukanya. Apabila dalam bentuk ini, dua siklon atau angin puting beliung muncul daripada perisai di bahagian kaki Dordonii, yang membenarkannya terkatung-katung di atas udara dan menambah tekanan tambahan kepada tendangan-tendangannya. Selain itu, dua objek berupa paruh terjulur daripada siklon tersebut, yang digunakan untuk melakukan serangan jarak jauh, meskipun Dordonii mampu juga mencipta lebih paruh jika diperlukannya. Dordonii mampu melepaskan zanpakutō miliknya tanpa perlu mengeluarkan bilah daripada sarung.

Cirucci Thunderwitch

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Houko Kuwashima - Arrancar ke-105

Cirucci Thunderwitch (チルッチ・サンダーウィッチ, Chiruchi Sandāwicchi) memakai pakaian gaya ala-gothic lolita dalam dunia fesyen Jepun. Pakaian kainnya beropol-ropol beserta lengan panjang hingga ke bahunya; rambut berwarna ungu; muka dicorek tanda-tanda tangisan, dan but tinggi hingga ke had lutut. Cirucci mempunyai sayap di belakangnya, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka adalah sebahagian daripada pakaiannya ataupun sesuatu yang berbeza. Peninggalan topneg hollow Cirucci terletak di rambutnya, di sebelah kanan dahinya, dan berbentuk seakan-akan pin rambut yang tajam. Meskipun kelihatan agak janggal, Cirucci tidak teragak-agak memberi komen kepada mereka yang berpakaian pelik juga, sepertimana yang terjadi kepada Ishida Uryū. Cirucci juga tidak menyenangi mereka yang menyerangnya ketika dia sedang bercakap. Terdapat bukti-bukti tersirat yang menunjukkan dirinya dibunuh oleh Exequias setelah dikalahkan oleh Ishida.

Zanpakutō Cirucci digelar Golondrina (車輪鉄燕(ゴロンドリーナ), Gorondorīna, bahasa Sepanyol untuk "burung layang-layang," bahasa Jepun untuk "burung layang-layang beroda besi") dan dilepaskan dengan arahan "koyakkannya" (掻っ切れ, kakkire). Dalam bentuk biasanya, pedang Cirucci berbentuk seperti sejenis cemeti dengan sebuah cakera berputar yang besar padanya, memberinya rupa seakan-akan yo-yo gergasi. Cakera besar ini boleh memantulkan objek yang ditembak ke arahnya dan mampu menghancurkan tiang-tiang tebal dan besar dengan mudah, manakala cemetinya yang panjang boleh membenarkan Cirucci untuk menyerang daripada jarak yang jauh. Dalam bentuk lepasannya, Cirucci menambah sayap-sayap besar pada tubuhnya dengan bilah-bilah berupa sabit yang menggantikan bulu sayapnya. Selain daripada ciri-ciri serangan dan pertahanan bilah-bilah tersebut, mereka juga boleh dikeluarkan dan ditembak di udara dan diseru kembali ke tuannya, mengikut kemahuan. Sayap serta pelepahnya bergetar pada tahap yang laju sehingga menambah kebolehan pertahanan dan serangan Cirucci. Tangannya juga boleh memanjang dan mempunyai kuku yang tajam pada kedua-dua belah tangan, di mana ekor yang panjang juga tumbuh daripada tubuhnya. Pada bahu Cirucci juga terdapat perisai yang berupa seperti cakera yang ada pada zanpakutōnya. Topeng Cirucci pula membesar menjadi 'bulu-bulu' yang mengalir daripada dahinya, hingga ke bahagian bawah belakang tubuhnya, dan berakhir pada kedua-dua belah pinggulnya. Bentuk lepasan Cirucci memakan tenaganya dengan cepat, namun untuk mengelakkan ini daripada berlaku, Cirucci boleh mengoyakkan sayap-sayap serta kukunya, dan kemudian menggunakan hujung topengnya yang panjang untuk mengumpul tenaga spiritual lalu menggunakan mereka untuk bertarung dengan sejenis bilah tenaga di hujung ekornya. Perubahan drastik ini adalah berkekalan, boleh dibandingkan dengan tindakan memotong tangan seseorang.

Gantenbainne Mosqueda

[sunting | sunting sumber]
  • Disuarakan oleh: Masato Funaki - Arrancar ke-107

Gantenbainne Mosqueda (ガンテンバイン・モスケーダ, Gantenbain Mosukēda) mempunyai rambut gaya afro dengan jambang yang tebal dan janggut sejemput. Pakaian Gantenbainne telah diubahsuai mengikut gayanya tersendiri. Peninggalan topeng hollownya merupakan bingkai berupa cermin mata hitam pada dahinya dengan empat gigi yang terkeluar daripada setiap bahagian lubang mata. Terdapat juga sebuah bintang di tengah-tengah peninggalan topengnya, yang membenarkannya melihat apabila dia menarik bingkai tersebut turun pada matanya. Seaktu pertarungannya dengan Sado Yasutora, tanpa disedarinya, dia telah membantu Chad mengeluarkan potensi sebenar dalam dirinya, kerana kuasa Chad adalah serupa kepada kuasa golongan hollow. Gantenbainne ditewaskan oleh Chad, namun Chad telah melepaskannya sebagai tanda penghargaan kerana bertarung dengan sepenuh tenaganya sambil membantu dirinya membuka jalan kepada kuasanya yang sebenar. Selepas diri Gantenbainne dikalahkan, dia telah memberi amaran kepada Chad bahawa Nnoitra sedang bergerak ke arah mereka, namun Chad telah cuba menentangnya, yang telah mengakibatkan kekalahan buat dirinya sendiri. Chad dan Gantenbainne kemudiannya dijumpai terlantar di atas tanah, dikelilingi Exequias. Kapten Unohana telah segera membantu sebelum mereka dibunuh.

Zanpakutō Gantenbainne digelar Dragra (龍拳(ドラグラ), Doragura, bahasa Jepun untuk "penumbuk naga"). Dalam bentuk biasa, pedang tersebut kelihatan seperti dua pisau penumbuk dengan gigi-gigi tajam berengsel yang terletak pada pergelangan tangan Gantenbainne. Gantenbainne mampu mengecas pisau-pisau tersebut untuk memberi tumbukannya kuasa tambahan. Apabila Dragra dilepaskan, tangan Gantenbainne tumbuh lebih panjang dan diliputi perisai; pisau miliknya pula berupa kepala naga. Perisai yang sama juga muncul pada bahagian belakang badannya dan memberinya ekor, di mana pada masa ini dia kelihatan serupa kepada seekor armadilo. Dragra tidak mempunyai arahan lepasan; Gantenbainne melepaskannya sekadar menyebut namanya sahaja.

Apabial menyerang, Gantenbainne boleh menembah beberapa letupan daripada penumbuknya. Serangan Gantenbainne yang paling kuat membabitkan pengumpulan dan penumpuan tenaga daripada hujung ekornya hingga ke buku lalinya dan akhirnya melepasan sebuah letupan yang besar, yang digelarnya Dios, ruego nos perdone (主よ我等を許し給え(ディオス・ルエゴ・ノス・ペルドーネ), diosu ruego nosu perudōne, bahasa Sepanyol yang bermaksud "Tuhan, aku meminta kamu supaya mengampunkan kami"; bahasa Jepun yang bermaksud "Oh Tuhanku, kurniakanlah keampunan bagi kami.")

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Rujukan روجوعن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Manga Bleach; bab 290, halaman 2
  2. ^ Manga Bleach; bab 291
  3. ^ Manga Bleach; bab 252
  4. ^ Manga Bleach; bab 292, halaman 7
  5. ^ Manga Bleach, bab 295, halaman 16
  6. ^ Manga Bleach; bab 233, halaman 4.
  7. ^ Manga Bleach; bab 232, halaman 7
  8. ^ Manga Bleach; bab 233, halaman 11.
  9. ^ Manga Bleach; bab 287, halaman 17
  10. ^ Manga Bleach; bab 305, halaman 18
  11. ^ Manga Bleach; bab 267, halaman 2
  12. ^ Manga Bleach; bab 231, halaman 2.