Pergi ke kandungan

Syurgaloka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Arjuna travels to Swarga.jpg
Arjuna melawati Syurgaloka

Syurgaloka (Sanskrit: स्वर्ग /svarga/, "syurga") juga dikenali sebagai Swarga, Svarga atau Svarga Loka, adalah antara salah satu daripada lapan loka tertinggi (Vyahrti) iaitu alam kerohanian dalam kepercayaan ciptaan alam dalam Hindu. Kelapan-lapan loka (dunia) ini terdiri daripada Bhuloka, Bhuvarloka, Syurgaloka, Mahaloka, Janaloka, Tapaloka, Satyaloka, dan yang paling tinggi Goloka.

Syurgaloka adalah beberapa set alam syurga, terletak di atas Gunung Meru di mana orang yang berakhlak dan baik akan tinggal di syurga sebelum penjelmaan semula mereka yang seterusnya. Dalam setiap pralaya (pembubaran dunia), ketiga-tiga alam pertama, Bhuloka (Bumi), Bhuvarloka dan Syurgaloka dimusnahkan. Di bawah tujuh alam teratas adanya tujuh lagi alam yang lebih rendah, dari Petala, alam ghaib dan alam neraka.[1]

Pemahaman

[sunting | sunting sumber]

Syurgaloka dilihat sebagai tempat sementara untuk individu murni yang berusaha mengerjakan kebaikan dalam kehidupan mereka tetapi masih belum bersedia untuk mencapai moksha, atau mencapai Vaikunta, tempat tinggal Maha Vishnu, dianggap sebagai tempat tinggal Tertinggi (Rig Veda (1.22. 20) mengatakan,

"Oṃ tad viṣṇoḥ paramam padam sadā paśyanti sūrayaḥ"
"Kesemua asura (iaitu dewa-dewi) melihat ke arah kaki Maha Vishnu sebagai Tempat Tinggal Termulia"

Ibu negeri Syurgaloka ialah Amaravati dan pintu masuk dijaga oleh Airavata, gajah Maha Indera. Syurgaloka dipengerusikan oleh Indera, pemimpin dewa-dewa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Dewaloka
  • Tujuh Loga
  • Satyaloka
  • Vaikuntha
  • Naraka (Hinduism)
  • Hiranyagarbha
  • Svarog
  1. ^ B. K. Chaturvedi (2004). Shiv Purana. Diamond Pocket Books. m/s. 124. ISBN 8171827217.