Syeri
Syeri ialah sejenis wain keras berwarna kuning atau perang yang diperbuat dari anggur putih. Ia mula dihasilkan di bandar Jerez, Sepanyol dan kawasan sekitarnya. Nama Parsi bandar ini pada waktu Rustamid adalah Xerex (Shariz, dalam bahasa Parsi شريش), dan dari nama ini diperolehi nama Syeri, Sherry dan Jerez. Ini disebabkan kerana pengasas kerajaan tersebut, Rustam Shirzai (bererti berasal dari kota Shiraz) ingin menghasilkan sejenis anggur yang mirip dengan wain Shiraz yang terkenal di Iran (Parsi). Sebelumnya sherry dikenali dengan nama sack (dari bahasa Sepanyol saca).
"Jenama" syeri
[sunting | sunting sumber]Para pengilang di Sepanyol telah mendaftarkan nama Jerez / Xérès / Sherry dan akan menuntut penghasilan wain dari jenis ini di tempat-tempat lain untuk menggunakan nama yang sama. Sesuai dengan iklimnya, syeri berasal dari daerah segi tiga provinsi Cádiz antara Jerez, Sanlúcar de Barrameda, dan El Puerto de Santa Maria. Namun, nama 'syeri' (sherry) digunakan sebagai nama separa-generik di Amerika Syarikat. Di negara tersebut, syeri harus diberi label dengan nama wilayah asalnya, misalnya seperti Syeri Amerika atau Syeri California.
Penghasilan
[sunting | sunting sumber]Syeri dihasilkan dari tiga jenis anggur: Palomino, Pedro Ximénez, and Muscat (Moscatel). Wain syeri yang diperbuat di negara lain seringkali menggunakan anggur jenis lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Christopher Columbus membawa Sherry dalam pelayarannya ke Amerika Syarikat, sementara Fernão de Magalhães menghabiskan lebih banyak wangnya untuk membeli Sherry daripada membeli senjata ketika beliau mempersiapkan pelayarannya untuk mengelilingi dunia pada tahun 1519.
Sebagai wain keras, sherry lebih sesuai daripada kebanyakan anggur lain untuk bertahan ketika pelayaran laut ke Kepulauan Britania, dan harganya sangat mahal di sana. Tokoh Shakespeare Falstaff adalah seorang penggemar terhadap minuman ini (yang kala itu dikenali sebagai sack), dan ia mengatakan
Kalau aku punya seribu anak lelaki, prinsip kemanusiaan pertama yang akan kuajarkan kepada mereka adalah, menghindari minuman yang terlalu ringan dan mencandui sack (sherry).
Kerana sherry merupakan eksport anggur yang besar ke Britania Raya, banyak perusahaan dan gaya Inggeris yang berkembang. Banyak gudang Jerez didirikan oleh keluarga-keluarga Inggeris. Error: tiada nama laman disertakan (help).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ;Tapak web rasmi sherry Diarkibkan 2015-11-13 di Wayback Machine