Pergi ke kandungan

Syed Muradzi Syed Shamsul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Muradzi bin Syed Shamsul atau lebih dikenali sebagai Dee merupakan seorang pelakon, pengacara dan pelawak popular menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Allahyarham Moon.

Syed Muradzi Syed Shamsul
Kelahiran
Syed Muradzi bin Syed Shamsul

1962 (umur 62–63)
Nama lainDee
PekerjaanPelakon, pengacara, pelawak
Tahun aktif1986–kini
IbuSharifah Noor Al-Hady
BapaSyed Shamsul Baharun

Penampilan beliau selalu berpakaian perempuan dan menceceh seperti perempuan. Dia mempopularkan diri dengan watak lelaki lembut sebagaimana Sam dalam sitkom 2+1.

Bapanya Syed Shamsul Baharun, 86, dan ibunya Sharifah Noor Al-Hady, 84.

Pengacara

[sunting | sunting sumber]

Majlis Setiausaha dan badan korporat yang menjemputnya selalu mahukan dia menjadi pengacara berpakaian wanita. dia menggunakan teknik jenaka double meaning bagi memeriahkan suasana. Kini dia bergerak di bawah syarikatnya yang bernama 'Dee Showtime Entertainment'. Dee sudah pun meluaskan persembahannya ke Brunei, Indonesia, Perth dan Bangkok bersama 7 orang penari pengiring.

Dee akan peruntukkan di antara RM5 ribu hingga RM10 ribu untuk semua pakaian show terutam kostum filem Hindustan. Bidang pengacaraan lebih mudah dan tak banyak hassle berbanding dengan berlakon.[1]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Kayangan Nina Filem pertama
2008 Cicakman 2: Planet Hitam Jiran 2
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1991 Jangan Ketawa Dee TV3 Sitkom
1992 2+1 Sam TV1 Sitkom, pelakon undangan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]