Pergi ke kandungan

Syed Isa Semait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syed Isa Semait
Mufti Negara Singapura ke-2
Dalam jawatan
1972–2010
Didahului olehSanusi Mahmood
Digantikan olehFatris Bakaram
Maklumat peribadi
Lahir
Syed Isa bin Mohamed bin Semait

1938 (1938)
PertalianSyed Ahmad Semait (abang)
Tempat belajarUniversiti al-Azhar. Mesir.

Syed Isa Semait atau Syed Isa bin Mohamed bin Semait[1] ialah seorang pemimpin agama Islam di Singapura. Beliau ialah Mufti Negara Singapura yang dilantik pada 1972 hingga 31 Disember 2010.[2][3][4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Syed Isa dilahirkan pada 1938 di Singapura. Bapa Syed Isa, Syed Mohamed ialah berasal dari Yaman. Syed Mohamed berhijrah ke Indonesia pada 1920-an sebelum datang ke Singapura untuk bekerja dan kemudian berkahwin di sana.[1] Syed Isa mendapat pendidikan dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Nama Syed Isa Semait diberi penghormatan sebagai nama biasiswa yang dibiayai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dinamakan Biasiswa Syed Isa Semait.[5]

  1. ^ a b "SYED ISA B MOHAMED bin Semait – Oral History Interviews – Record Details (Accession Number 003382) – Reel/Disc 1 of 12". www.nas.gov.sg. Dicapai pada 2023-12-11.
  2. ^ "Community organisations pay tribute to Mr Lee Kuan Yew". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.
  3. ^ "Syed Isa Mohammed Semait, Syeikh". Pergas Blog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.
  4. ^ "S'pore will get a new Mufti next year". Singapore Democratic Party (dalam bahasa Inggeris). 2010-11-14. Dicapai pada 2023-12-11.
  5. ^ "MUIS pilih Dr Norshahril Saat sebagai penerima pertama Anugerah Sarjana Syed Isa Semait". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-11.