Syed Akbar Ali
Syed Akbar Ali | |
---|---|
Pekerjaan | Penulis blog Penulis buku Anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2011-2013) |
Laman web | |
OutSyed The Box |
Syed Akbar Ali ialah seorang penulis blog di Malaysia. Penulisannya lebih tertumpu kepada perkembangan politik dan isu semasa di Malaysia dan negara lain. Beliau pernah dilantik sebagai anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sesi 2011/2013[1].
Karya penulisan
[sunting | sunting sumber]- Syed Akbar Ali (2016). Kafir Who. Syed Akbar Ali. ISBN 9789671392812.
- Syed Akbar Ali (2016). Relevance. Syed Akbar Ali. ISBN 9789671392805.
- Syed Akbar Ali (2008). Things In Common. Syed Akbar Ali. ISBN 9789834261924.
- Syed Akbar Ali (2006). Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries. Syed Akbar Ali. ISBN 9789834261917.
- Syed Akbar Ali (2005). To Digress A Little. Syed Akbar Ali. ISBN 9789834261900.
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Buku diharamkan
[sunting | sunting sumber]Buku tulisannya berjudul Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries yang diterbitkan pada 2006, telah dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia pada 2016[2].
Buku tersebut antara lain pernah menjadi rujukan Presiden Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), Chua Soi Lek untuk membidas pihak yang menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dengan mengkritik kelemahan-kelamahan negara Islam[3].
Blog disekat
[sunting | sunting sumber]Blognya syedsoutsidethebox pernah dilaporkan disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Januari 2016[4].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Penulis Blog, Bekas Pengurus Besar BERNAMA Antara Dilantik Sebagai Panel SPRM". mStar. 25 Februari 2011. Dicapai pada 7 Januari 2022.
- ^ Adam Abu Bakar (September 9, 2016). "Buku diharamkan setelah 10 tahun, penulis hairan tindakan KDN". Free Malaysia Today. Dicapai pada 7 Januari 2022.
- ^ "PAS mahu terang Islam pada Chua". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-09.
- ^ "SKMM sekat tiga lagi laman web". Malaysiakini. Januari 28, 2016. Dicapai pada Januari 7, 2022.