Swansea
Penampilan
Swansea
Abertawe City and County of Swansea | |
---|---|
Bandaraya | |
Cogan kata: Floreat Swansea, Berkembang Swansea | |
Negara | United Kingdom |
Wilayah Naungan | Wales |
Daerah istiadat | West Glamorgan |
Daerah bersejarah | Glamorgan |
Admin HQ | Swansea Guildhall |
Status bandaraya | 1969 |
Penduduk (2011) | |
• Jumlah | 300,352 |
• Kepadatan | 1,560/batu persegi (601/km2) |
• Etnik | 97.8% Eropah 1.2% Asia Selatan/India 0.3% Afro-Caribbean 0.3% Cina |
Zon waktu | UTC0 (GMT) |
• Musim panas (DST) | UTC+1 (BST) |
Kod Pos | |
Kod-kod kawasan | 01792 |
ISO 3166-2 | GB-SWA |
ONS code | 00NX (ONS) W06000011 (GSS) |
OS grid reference | SS6593 |
NUTS 3 | UKL18 |
Laman sesawang | http://www.swansea.gov.uk/ |
Swansea (/ˈswɒnzi/ SWON-zee; Wales: Abertawe , "Muara sungai Tawe"), secara rasmi dikenali sebagai Bandaraya Swansea, adalah sebuah bandar persisir pantai dan daerah di Wales. Ia adalah bandar kedua terbesar di Wales dan ke-26 terbesar di UK. Swansea terletak dalam sempadan daerah bersejarah Glamorgan. Terletak di kawasan pantai berpasir di South West Wales, kawasan daerah ini termasuklah Semenanjung Gower dan tanah tinggi Lliw. Swansea mempunyai penduduk seramai 239,000 orang pada tahun 2011, menjadikannya pihak berkuasa tempatan kedua paling ramai penduduk di Wales selepas Cardiff. Semasa zaman kegemilangannya pada abad ke-19, Swansea merupakan pusat utama industri tembaga, sehingga mendapat nama samaran 'Copperopolis'.