Susanti
Penampilan
Susanti | |
---|---|
Watak Upin & Ipin, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
Disuarakan oleh |
Sarah Nadhirah (musim 3-4) Andhika (musim 5-10) Yohanna (musim 10-11) Adwin (musim 12-15) Khansa (musim 16-kini) |
Informasi | |
Spesies | Manusia |
Jantina | Perempuan |
Kewarganegaraan | ![]() |
Susanti ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia merupakan rakan sebaya kepada watak utama, Upin dan Ipin yang berasal dari Indonesia. Watak ini turut muncul dalam filem animasi, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Ciri-ciri watak
[sunting | sunting sumber]Rupa
[sunting | sunting sumber]Susanti tampil dengan kulit cerah dan tidak sawo matang macam kebanyakan kawan-kawannya, mungkin kerana bersolek tebal. Ini menunjukkan bahawa dia berasal dari sebuah keluarga yang berada.
Perwatakan
[sunting | sunting sumber]Walaupun bertutur dalam bahasa dan pelat Indonesia, namun bahasa yang digunakannya amat mudah difahami oleh rakan-rakan setempat. Sebagai anak orang berada, Susanti kelihatan agak pandai dengan teknologi berbanding rakan-rakan sekelasnya selaku penduduk kampung.