Pergi ke kandungan

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (Equal Opportunity Commission, EOC) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2010.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ingin menubuhkan EOC bagi memastikan tidak wujud diskriminasi dan ketidakadilan.

Pada 31 Mac 2020, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menerusi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membantah suruhanjaya ini. Ini kerana Suruhanjaya itu jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama .Perkara ini sangat bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan dan melindungi kepentingan orang Melayu dan penduduk asal.

Nama EOC itu sendiri memberi maksud semua rakyat dapat peluang yang sama. Ini bertentangan sama sekali dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan Model Ekonomi Baru berada di landasan tindakan polisi afirmatif. Jiksa tidak, kerajaan akan kehilangan sokongan daripada rakyat pada pilihan raya ke-13 nanti.[1]