Suratan Kasih (juga dikenali sebagai Penawar Kasih) merupakan album studio ke-12 oleh Jamal Abdillah pada tahun 1995. Namun, sebahagian kecil lagu-lagu di dalam album ini tidak dibenarkan untuk disiarkan kerana kes penangkapan beliau atas kesalahan narkotik. Album ini telah dijenamakan semula sebagai "Penawar Kasih" dan dikeluarkan pada tahun 1997 dengan penambahan satu lagu iaitu "Penawar Kasih".