Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun
Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun adalah perjanjian bertulis yang memperakui penyerahan kalah Empayar Jepun, yang menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Ia telah ditandatangani oleh perwakilan dari Empayar Jepun, Amerika Syarikat, Republik China,[nota 1] United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Komanwel Australia, Dominion Kanada, Kerajaan Sementara Republik Perancis, Kerajaan Beraja Belanda, dan Dominion New Zealand. Upacara ini berlangsung di atas geladak kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945.
Tarikh ini kadangkala dikenali sebagai Hari Kemenangan ke atas Jepun, walaupun sebutan itu lebih kerap dirujuk dengan tarikh Gyokuon-hōsō (Titah Diraja mengenai Penamatan Perang) Maharaja Hirohito, iaitu pengumuman siaran radio mengenai penerimaan syarat-syarat Deklarasi Potsdam pada tengahari Waktu Piawai Jepun 15 Ogos.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman (1945)
- Peletakan Senjata Cassibile
- Perjanjian Damai dengan Itali, 1947
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Jangan dikelirukan dengan Republik Rakyat China yang tidak wujud pada masa itu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun |
- National Archives & Records Administration Featured Document
- USS Missouri's Captain Stuart Murray interviewed about the surrender ceremony
- Alsos Digital Library bibliography of references on Japan's surrender Diarkibkan 2005-11-25 di Wayback Machine
Koordinat: 35°21′17″N 139°45′36″E / 35.35472°N 139.76000°E