Pergi ke kandungan

Surat Balasan Kozak Zaporozhia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Surat Balasan Kozak Zaporozhia
rus: Запорожцы пишут письмо турецкому султану, ua: Запорожці пишуть листа турецькому султанові
PelukisIlya Repin
Tahun1880–1891
BahanCat minyak pada kanvas
Dimensi203 cm × 358 cm (80 in × 141 in)
LokasiMuzium Negara Rusia, Saint Petersburg

Surat Balasan Kozak Zaporozhia atau Kozak dari Saporog Sedang Menyusun Pernyataan (Rusia: Запорожцы пишут письмо турецкому султану, rumi: Zaporozhtsy pishut pis'mo turetskomu sultanu "Orang-orang Kozak menulis surat kepada sultan Turki") adalah lukisan karya Ilya Repin, seorang seniman Rusia.[1] Lukisan berukuran 2.03 m x 3.58 m di atas kanvas ini mula dibuat pada tahun 1880 dan selesai pada tahun 1891.

Lukisan ini menggambarkan kisah orang Kozak yang mendiami wilayah Zaporozhia sekitar hilir Sungai Dnieper di tengah dan timur Ukraine pimpinan Ivan Sirko yang dikatakan telah menulis surat kepada Sultan Mehmed IV dari Empayar Uthmaniyah menempelak dan mengejek sultan tersebut yang meminta penyerahan diri meskipun bala tentera baginda telah kalah dalam pertempuran dengan mereka.[2][3]

  1. ^ "Ilya Yefimovich Repin | Biography, Art, & Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2020.
  2. ^ Pommereau, Claude (penyunting). "Ilya Repin- Peindre l'âme Russe". Beaux Arts Editions (dalam bahasa Perancis). No. October 2021. Paris. m/s. 15.
  3. ^ Friedman, Victor A. (1978). "The Zaporozhian Letter to the Turkish Sultan: Historical Commentary and Linguistic Analysis" (PDF). Slavica Hierosolymitana. Magnes Press. 2: 25–38. Dicapai pada 21 April 2022.