Surat-surat untuk Kaherah
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Umum | |
---|---|
Pengarang | Maisarah Binti Mansor |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Subjek | Novel |
Penerbitan | |
Penerbit | Merpati Jingga |
Jenis media | surat-surat untuk kaherah |
Halaman | 140 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 978-967-11185-6-6 |
MAKLUMAT BUKU
[sunting | sunting sumber]MAKLUMAT BUKU
ISBN-13: 978-967-11185-6-6
Tarikh Terbit: 4 Jun 2009
Judul buku: Surat-surat untuk Kaherah
Kategori: Novel
Penulis: Maisarah Binti Mansor
Penerbit: Merpati Jingga
Jumlah Halaman: 140 muka surat
Harga: RM21
FAKTA
Surat-surat untuk Kaherah (2009) merupakan sebuah novel karya penulis muda, Maisarah Mansor. Novel ini diterbitkan oleh Faisal Mustaffa, pengasas syarikat penerbitan Merpati Jingga. Novel Surat-surat untuk kaherah dilancarkan semasa program Art For Grab 2012 di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Ia dijual di kedai buku MPH seluruh Malaysia dan pesta-pesta buku dengan harga RM21. Novel ini merupakan sebuah bacaan ringan yang bertemakan persahabatan, latar geografi daerah Pontian (Johor) dan perumahan setinggan di pinggir sungai.
SINOPSIS
Tahun demi tahun yang berlalu menghayutkan latar pada era tertentu. Kisah yang pernah ditatap di lembaran akhbar seperti al-Arqam dan Aisyah Bukhari tertinggal menjadi nostalgia. Di dalam merentasi kisah demi kisah insan lain, terkadang kita tidak dapat mengelak dari dikurung nasib yang sama. Menoleh ke belakang tidak memberi kita kemampuan untuk menyatukan kembali serpihan kaca yang berderai, dihempas takdir. Mengutip serpihan itu cuma akan menghiris jari. Namun, ku rapatkan serpihan itu sebagai mengimbas sebuah kecintaan pada persahabatan.
Surat-surat untuk Kaherah merupakan nota kehidupan beserta nilai persahabatan yang dirakam di dalam naskhah penulisan. Hanim mengutus warkah ke Kaherah sebagai tali untuk menarik Wafa kembali ke sisi Illahi. Calitan kenangan demi kenangan di bandar kecil, penempatan setinggan dan sekolah rendah bersatu dalam ingatannya terhadap Wafa Thahirah. Anak kecil yang dua puluh tahun dahulu dibuli kini bertukar posisi sebagai insan yang paling dikasihi. Wafa Thahirah semakin menghilang dan Hanim umpama mendakap bayang-bayang. Mampukah rasa kasih yang dikurniakan Allah membawa Wafa Thahirah mencari jalan pulang?
BIODATA PENULIS
Dilahirkan pada Mei 1986 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Pengarang (sebut Maisarah Mansor) meminati bidang pendidikan, anatomi, mendaki gunung dan dalam usaha untuk menguasai bahasa asing dengan baik. Pengarang membesar di persisiran Selat Melaka dan merupakan bekas pelajar jurusan Sains Hayat sehingga tahun 2005, sebelum memilih Multimedia Animasi sebagai laluan akademik sehingga tahun 2009. Beliau kemudiannya bertukar arah ke bidang Kesusteraan pada tahun 2010 untuk memikul amanah memperjuangkan sastera kitab. Dengan kelahiran karya-karya kecilnya, pengarang berharap ia sedikit sebanyak membantu ahlul bait dalam memperkembangkan dakwah dan memelihara serta memulihara umat Islam di Malaysia khususnya. Insyaallah.