Superoksida
Superoksida (سوڤراوکسيدا), yang juga dikenali dengan nama usangnya hiperoksida,[1] merupakan suatu sebatian yang mengandungi anion superoksida dengan rumus kimia O−
2O−
2.[2] Nama sistematik anion tersebut adalah dioksida(1−). Anion oksigen reaktif superoksida adalah penting sebagai hasil penurunan satu elektron daripada dioksigen O2, yang berlaku secara meluas di alam semulajadi.[3] Manakala oksigen molekul (dioksigen) merupakan dwiradikal yang mengandungi dua elektron berpasangan, tambahan kepada elektron kedua yang mengisi satu daripada dua orbital molekul merosot, meninggalkan spesies ionik bercas dengan elektron tidak berpasangan tunggal dan cas negatif bersih -1. Kedua-dua dioksigen dan anion superoksida adalah radikal bebas yang memperlihatkan keparamagnetan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Oksigen, O2