Pergi ke kandungan

Supermarina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Supermarina
Aktif1 Jun 1940 – 12 September 1943
Negara Kerajaan Itali (1861–1946)
CawanganBendera tentera laut Kerajaan Itali (1861–1946) Regia Marina
PerananStaf Am Tentera Laut Diraja Itali
MarkasRome, kemudian Santa Rosa (berhampiran Rome)
PertempuranPertempuran Mediterranean
Komander
Timbalan Ketua TurusOdoardo Somigli, Inigo Campioni, Luigi Sansonetti

Supermarina adalah markas Tentera Laut Diraja Itali (Regia Marina) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1940, sejurus sebelum Itali memasuki Perang Dunia Kedua. Markas Tentera Darat dan Markas Tentera Udara yang setaraf ialah Superesercito dan Superaereo, yang mana ia berada dibawah Comando Supremo iaitu Markas Tertinggi Angkatan Tentera Itali.

Rancangan untuk memusatkan kawalan operasi tentera laut bermula pada November 1934.[1] Markas Supermarina di Lungotevere Flaminio di Rome, telah siap dibina pada tahun 1938 dan dirasmikan oleh Benito Mussolini pada 14 Oktober.[1] Apabila ibukota tersebut diisytiharkan sebagai kota terbuka, pada tahun 1943, Supermarina berpindah ke Santa Rosa di Via Cassia, kira-kira 20 km (12 bt) dari Rome. Markas Santa Rosa kekal sebagai pejabat Panglima Armada Itali (CINCNAV).

Dari 10 Jun 1940 hingga 8 September 1943, Supermarina mengawasi semua operasi tentera laut Itali dalam Pertempuran Mediterranean, Laut Merah dan laut lepas. Ketua Supermarina ialah Ketua Turus Tentera Laut manakala panglima de facto adalah timbalan ketua turus. Pada permulaan perang, Ketua Turus Tentera Laut Itali ialah Laksamana Domenico Cavagnari dan ketua Supermarina ialah Laksamana Odoardo Somigli. Pada 10 Disember 1940, Cavagnari digantikan oleh Laksamana Arturo Riccardi dan Laksamana Inigo Campioni menjadi Timbalan Ketua Turus. Pada Julai 1941, Laksamana Luigi Sansonetti menjadi Timbalan Ketua Turus. Supermarina telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas seperti penyahsulitan, gerakan strategik dan komunikasi.

Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Supermarina kepada unit-unit dan markas pemerintahan dibuat mengikut arahan Comando Supremo. Panglima skuadron tempur Itali mempunyai sedikit budi bicara untuk tidak mengikut arahan yang diterima dari Supermarina dan apabila keadaan berubah beliau terpaksa menunggu arahan baru dari Supermarina.[1][2] Pemusatan ini menyebabkan masalah yang serius, ketika situasi berkembang lebih cepat dari Supermarina dapat bertindak. Kemudian pada tahun 1940, Supermarina memberikan para panglima lebih banyak budi bicara mengenai taktik tetapi mengekalkan arahan ketat supaya tidak bertempur dengan pasukan musuh yang lebih besar, bagi menghalang inisiatif para panglima, untuk mengelakkan kerugian yang tidak dapat diganti.[1]

Selepas 8 September 1943, Supermarina mengeluarkan arahan untuk melaksanakan klausa Peletakan Senjata Cassibile, iaitu pemindahan semua kapal laut ke pelabuhan yang dikawal Pihak Bersekutu dan melubangtenggelam atau sabotaj kapal-kapal yang tidak dapat belayar, untuk mengelakkan mereka dari dirampas tentera Jerman dan kemudian menghentikan operasi pada 12 September 1943, susulan penawanan Rome oleh Jerman.

  1. ^ a b c d Giorgerini, Giorgio (2002). La guerra italiana sul mare: la marina tra vittoria e sconfitta: 1940–1943 [The Italian War at Sea: The Navy between Victory and Defeat: 1940–1943]. Oscar storia No. 281 (dalam bahasa Italian) (ed. 1st). Milano: Mondadori. m/s. 113–115. ISBN 978-88-04-50150-3.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Pavolini, Paolo (1973). 1943, la caduta del fascismo: Badoglio & C strateghi della disfatta [1943, The Fall of Fascism: Badoglio etc: Strategists of Defeat] (dalam bahasa Italian). I. Milano: Fabbri. m/s. 30–31. OCLC 955866127.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]