Sunjong dari Korea
Sunjong 순종 純宗 | |
---|---|
Maharaja Korea | |
Maharaja Korea | |
Pemerintahan | 20 Julai 1907 – 29 Ogos 1910 |
Didahului oleh | Gojong dari Korea |
Diikuti oleh | Empayar dihapuskan Yi Eun, Putera Mahkota Euimin (sebagai pemangku bayangan) |
Keputeraan | Istana Changdeok, Seoul, Korea dinasti Joseon | 25 Mac 1874
Kemangkatan | 24 April 1926 Istana Changdeok, Keijo (Seoul), Korea di bawah naungan Jepun | (berusia 52)
Pemakaman | Yureung |
Pasangan | Maharani Sunmyeonghyo Maharani Sunjeong |
Kerabat | Wangsa Yi |
Ayahanda | Gojong dari Korea |
Bonda | Maharani Myeongseong |
Sunjong, Maharaja Yunghui (Hangul: 융희제; Hanja: 隆熙帝, MR: Yunghŭije; RR: Yunghuije; 25 Mac 1874 – 24 April 1926),[1] merupakan Maharaja Korea yang kedua dan terakhir daripada dinasti Yi yang memerintah dari tahun 1907 sehingga tahun 1910.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Sunjong ialah putera kedua Maharaja Gojong dan Maharani Myeongseong. Ketika berusia dua tahun, Sunjong diumumkan sebagai putera mahkota. Pada tahun 1882, baginda mengahwini seorang anak perempuan puak Min, yang kemudian menjadi Maharani Sunmyeonghyo (Hangul: 순명 효 황후; Hanja: 純 明 孝 皇后).
Empayar Korea ditubuhkan pada tahun 1897, dan Sunjong menjadi putera mahkota empayar tersebut. Pada bulan Julai 1907, Gojong digulingkan akibat paksaan Jepun, dan Sunjong dijadikan maharaja Korea. Baginda mengisytiharkan Putera Imperial Yeong (Hangul: 영친왕; Hanja: 英親王), adik lelaki Sunjong sebagai pewaris takhta, dan berpindah dari Istana Deoksu ke kediaman maharaja di Istana Changdeok.[2]
Pemerintahan Sunjong dibatasi oleh campur tangan bersenjata pemerintah Jepun di Korea yang semakin meningkat. Pada bulan Julai 1907, baginda diisytiharkan sebagai maharaja Korea tetapi segera dipaksa untuk memeterai Perjanjian Jepun-Korea 1907 (Hangul: 한일신협약, 정미7조약; Hanja: 韓日新協約, 丁未七條約). Perjanjian ini memungkinkan pemerintah Jepun untuk mengawasi dan campur tangan dalam pentadbiran dan pemerintahan Korea, yang juga memungkinkan untuk pelantikan menteri-menteri Jepun dalam pemerintahan.[3]
Ketika berada di bawah penyeliaan Jepun, tentera Korea diberhentikan dengan alasan tiada kawalan kewangan awam. Pada tahun 1909, Jepun melaksanakan Protokol Jepun-Korea (Hangul: 기유각서 ; Hanja: 己酉覺書 ) yang secara berkesan menghilangkan kuasa kehakiman Korea. Sementara itu, Jepun menghantar Itō Hirobumi, Residen Jeneral Jepun di Korea, untuk berunding dengan Rusia mengenai masalah yang melibatkan Korea dan Manchuria. Namun, Itō dibunuh oleh Ahn Jung-geun di Harbin, yang menyebabkan Jepun mengilhak Korea pada tahun 1910. Ahli politik pro-Jepun, seperti Song Byung-jun dan Lee Wan-yong, berpaling tadah dan menggabungkan Korea dengan Jepun dengan mereka-reka bahawa Korea bersedia dan mewujudkan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea pada 29 Ogos 1910.[4][5]
Walaupun masih ada pada kertas, campur tangan pemerintah Jepun secara berkesan mengakhiri pemerintahan Sunjong atas Empayar Korea dan pada dasarnya baginda tidak lagi berkuasa dalam tiga tahun pemerintahannya. Jepun, sebenarnya, telah menghapuskan Empayar Korea pada 29 Ogos 1910, mengakhiri dinasti Joseon yang telah bertahan 519 tahun.[6]
Selepas menuruni takhta
[sunting | sunting sumber]Selepas perjanjian pengilhakan, bekas Maharaja Sunjong dan isterinya, Maharani Sunjeong, menjalani sisa hidup mereka seolah-olah dipenjarakan di Istana Changdeok di Seoul.[7] Sunjong tidak dapat menggunakan kuasanya sebagai maharaja kerana hanya terdapat ahli politik pro-Jepun dalam pemerintahan. Setelah Empayar Korea runtuh, Sunjong diturunkan daripada maharaja menjadi raja. Jepun membenarkannya membawa gelaran Raja Yi dari Istana Changdeok (Hangul: 창덕궁 이왕 ; Hanja: 昌德宮 李王 ) dan membenarkan gelaran itu diwarisi.[8]
Sunjong mangkat pada 24 April 1926, di Istana Changdeok dan dikebumikan bersama dua isterinya di makam Yureung (유릉, 裕 陵) di kota Namyangju. Pemakaman negara pada 10 Jun 1926, menjadi pemangkin Pergerakan 10 Jun untuk menentang pemerintahan Jepun. Baginda tidak mempunyai anak.[9]
Kerabat
[sunting | sunting sumber]- Ayahanda: Maharaja Gojong dari Korea (고종)
- Ibunda: Maharani Myeongsong dari puak Min Yeoheung (명성황후 민씨, 1851-1895)
- Permaisuri:
- Maharani Sunmyeong dari puak Min Yeoheung (순명황후 민씨, 1872-1904) – anak Min Tae-ho, ketua puak Yeoheung Min; saudara Ratu Myeongseong. Baginda mangkat sebelum rajanya dapat menaiki takhta.
- Maharani Sunjeong dari puak Yun Haepyeong (순정황후 윤씨, 1894-1966) – anak Marquis Yun Taek-yeong.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Korea. Choson. The Yi Dynasty Genealogy". Buyers, Christopher: The Royal Ark. Dicapai pada 2015-04-11.
- ^ "The Academy of Korean Studies(한국학중앙연구원) : 순종(Sunjong)".
- ^ "『고종시대사 6』(History of Gojong's Period 6) : 국사편찬위원회(National History Compilation Committee), 1969, 635p". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "『고종시대사 6』(History of Gojong's Period 6) : 국사편찬위원회(National History Compilation Committee), 1969, 641p". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ Rhee, Song Nai. Beautiful as the Rainbow: Nashimoto Masako, a Japanese Princess against All ... m/s. 100.
- ^ "::: Cultural Heritage, the source for Koreans' Strength and Dream :::". Cultural Heritage Administration of Korea. Dicapai pada 2 September 2013.
- ^ "Emperor Sunjong of Korea". Asian History. Dicapai pada 2 September 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaauto2
- ^ Yunghui Yi Cheok, Emperor Sunjong. Korea's Last Emperor's Goodbye: Korea Annexed by Japan. 1915.