Pergi ke kandungan

Sungai Yukon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Yukon
Pemandangan Sungai Yukon berdekatan Whitehorse, Yukon
Kedudukan Sungai Yukon
Nama asalŲųg Han, Yuk Han, Kuigpak, Kuukpak, Yeqin, Yuukkene, Tth'echù', Chuu k'onn, Chu Nìikwän
Lokasi
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
NegeriAlaska
Provinsi/Wilayah
Ciri-ciri fizikal
SumberMedan Ais Juneau, Tasik Atlin
 • lokasiDaerah Atlin, British Columbia, Kanada
 • koordinat59°10′N 133°50′W / 59.167°N 133.833°W / 59.167; -133.833
 • ketinggian669 m (2,195 ka)[1]
MuaraLaut Bering 
 • lokasi
Kusilvak, Alaska, Amerika Syarikat
 • koordinat
62°35′55″N 164°48′00″W / 62.59861°N 164.80000°W / 62.59861; -164.80000Koordinat: 62°35′55″N 164°48′00″W / 62.59861°N 164.80000°W / 62.59861; -164.80000
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang3,190 km (1,980 bt)
Saiz lembangan854,700 km2 (330,000 bt2)
Aliran 
 • minimum340 m3/s (12,000 ka3/s)
 • purata7,000 m3/s (250,000 ka3/s)
 • maksimum24,600 m3/s (870,000 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Putih, Sungai Tanana, Sungia Innoko
 • kananSungai Tagish, Sungai Takhini, Sungai Teslin, Sungai Big Salmon, Sungai Pelly, Sungai Stewart, Sungai Klondike, Caruk Birch, Sungai Koyukuk
[2][3]


Sungai Yukon ialah sungai utama di barat laut Amerika Utara. Sumber sungai ini terletak di British Columbia, Kanada. Sungai ini mengalir ke Yukon. Bahagian hilir sungai pula terletak di negeri Alaska, Amerika Syarikat. Sungai ini memiliki panjang 3,190 kilometer (1,980 bt)[3][4] dan bermuara di Laut Bering di Delta Yukon-Kuskokwim. Aliran secara purata ialah 6,430 m³/s (227.000 kaki³/s).[2] Jumlah aliran sungai pula ialah 832,700 km² (321.500 bati²),[2] dengan 323,800 km² (126.300 batu²) terletak di Kanada.

Sebagai sungai terpanjang di Alaska dan Yukon, Sungai Yukon adalah salah satu laluan-laluan pengangkutan utama ketika Kerubut Emas Klondike pada 1896–1903. Sebahagian sungai ini di Yukon yang bernama "The Thirty Mile" dari Tasik Laberge ke Sungai Teslin diangkat sebagai sungai warisan Kanada, dan dijadikan sebahagian taman terlindung, Klondike Gold Rush International Historical Park.[5][6] Bot sungai menghaarungi sungai ini hingga 1950-an ketika Jalan Raya Klondike siap dibina. Setelah tanah Alaska dibeli Amerika pada 1867, Alaska Commercial Company memperoleh aset Russian-American Company dan membangunkan beberapa pos di pelbagai lokasi di Sungai Yukon.

  1. ^ "Atlin Lake - Peakbagger.com". www.peakbagger.com. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  2. ^ a b c Brabets, Timothy P; Wang, Bronwen; Meade, Robert H. (2000). "Environmental and Hydrologic Overview of the Yukon River Basin, Alaska and Canada" (PDF). United States Geological Survey. Dicapai pada 5 Mac 2010.
  3. ^ a b Sungai Yukon di Encyclopædia Britannica
  4. ^ "Yukoninfo.com". Yukoninfo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-25. Dicapai pada 2013-08-18. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ The Thirty Mile (Yukon River) National Heritage River Diarkibkan Januari 6, 2011, di Wayback Machine, National Heritage Rivers System
  6. ^ Klondike Gold Rush International Historical Park Diarkibkan Oktober 9, 2012, di Wayback Machine, Parks Canada

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]