Pergi ke kandungan

Sungai Sulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sulong
Sungei Sulong
Sungai Sulong yang terletak di Sarawak
Sungai Sulong
Lokasi muara Sungai Maba
Sungai Sulong yang terletak di Malaysia
Sungai Sulong
Sungai Sulong (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan belukar dan perhutanan di utara Kampung Seri Telian, Daerah Mukah
 • ketinggian3 meter (9.8 ka)
MuaraSungai Tellian 
 • lokasi
perkampungan Kampung Seri Telian, Mukah
 • koordinat
2°52′48″N 112°06′09″E / 2.87999°N 112.10238°E / 2.87999; 112.10238Koordinat: 2°52′48″N 112°06′09″E / 2.87999°N 112.10238°E / 2.87999; 112.10238
 • ketinggian
1 meter (3.3 ka)
Panjang0.69 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tellian → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Sulong (Jawi: سوڠاي سولوڠ; kadang-kadang digayakan sebagai Sungei Sulong) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Sulong merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Rekod nama bagi Sungai Sulong didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Sulong yang telah direkodkan terletak di 2°53′N 112°06′E / 2.883°N 112.100°E / 2.883; 112.100 (Sungai Sulong).[6][7] Sungei Sulong merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Sulong sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Punca sungai bagi Sungai Sulong terletak di kawasan belukar, riung dan huma di barat laut Kampung Seri Telian, iaitu sebuah kampung dalam Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai Sulong ialah 3 meter (9.8 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai dari hulu ke hilir kebanyakanya menuju ke arah barat. Sebelum tamat, sebuah jambatan jalan kampung ke Kampung Seri Telian akan melintasi Sungai Sulong. Sungai Sulong akan membuat pertemuan antara Sungai Tellian (atau juga dikenali sebagai Sungai Tallian) di kawasan perkampungan pesisiran sungai, Kampung Seri Telian sebagai muara, di ketinggian 1 meter (3.3 ka) dari paras laut.[1][2][5] Sungai Sulong mempunyai panjang anggaran sebanyak 0.69 kilometer (0.4 bt) dari hulu ke hilir.[1][2]

Ciri-ciri lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Sulong merupakan satu daripada 14 sungai yang bermuara di Sungai Tellian dengan urutan ke-12 dari hulu Sungai Tellian.[1][2] Sungai Sulong terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sulong, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[8] Kawasan lembah Sungai Sulong dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian, petempatan manusia dan padang rumput.[1][8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Sulong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.