Sungai Sendayan
Sungai Sendayan | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Port Dickson |
Mukim | Jimah, Port Dickson |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | Ladang Leigh |
• koordinat | 2°33′43″N 101°52′26″E / 2.5619°N 101.8738°E |
• ketinggian | 53 meter (173.9 ka) |
Muara | Sungai Lukut Besar |
• lokasi | di Taman D Pinggiran Kota |
• koordinat | 2°35′06″N 101°49′31″E / 2.585°N 101.8254°EKoordinat: 2°35′06″N 101°49′31″E / 2.585°N 101.8254°E |
• ketinggian | 13 meter (42.7 ka) |
Panjang | 7.10 kilometer (4.4 bt)[1] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Lukut Besar → Selat Melaka |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sungai Sendayan (Jawi: سوڠاي سنداين ), merupakan sebatang sungai di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[2] Sungai Sendayan mengalir di bahagian tengah Mukim Port Dickson, bermula di Ladang Leigh dan tamat di pertemuan Sungai Lukut Besar dalam Mukim Jimah.[1][3] Ia terletak kira-kira 64 kilometer (39.8 bt) ke arah selatan dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rekod terawal mengenai Sungai Sendayan dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 2°37′N 101°51′E / 2.617°N 101.850°E.[4]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri GSGS 4203 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey) dan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, sumber bagi Sungai Sendayan terletak di Ladang Leigh dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 53 meter (173.9 ka).[5] Sungai Sendayan akan mula menelusuri kawasan estet ke arah barat dengan tujuh anak sungai bermuara dengannya di sini. Selepas direntasi Lebuhraya Seremban–Port Dickson, Sungai Sendayan akan memasuki zon pentadbiran Pekan Lukut lalu direntasi lagi dengan Jalan Seremban sebelum bertemu dengan dua anak sungai yang bermuara di sini. Ia akan bertemu lagi dengan satu anak sungai sebelum direntasi Jalan Bukit Palong lalu memasuki mukim Jimah dan diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Lukut Besar, di ketinggian atas min aras laut iaitu 9 meter (29.5 ka) di Kampung Kebun Jimah.[1]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Menurut peta FMS Survey, terdapat 15 anak sungai tanpa nama bermuara di Sungai Sendayan.[5]
Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, terdapat 11 anak sungai tanpa nama bermuara di sungai ini.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Dokumen Gazetir - Negeri Sembilan 2022" (PDF). Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi Malaysia. m/s. 120. Dicapai pada 2023-03-14.
- ^ "Sungai Sendayan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 14 Mac 2023.
- ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1951) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1951 – Seremban (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 3F/8. Malaysia.