Pergi ke kandungan

Sungai Sebaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sebaya
Sungei Sebaya, Sg. Sebaya
Sungai Sebaya yang terletak di Sarawak
Sungai Sebaya
Lokasi muara Sungai Sebaya
Sungai Sebaya yang terletak di Malaysia
Sungai Sebaya
Sungai Sebaya (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 240 dan 260 meter (787.4 dan 853.0 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 200 meter ke arah tenggara dari Rumah Muran, Daerah Selangau
 • koordinat
2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°E / 2.37423; 112.40764Koordinat: 2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°E / 2.37423; 112.40764
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang2.95 kilometer (1.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Sebaya (Jawi: سوڠاي سباي) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungei Sebaya merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sebaya yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Sebaya dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Sebaya yang telah direkodkan terletak di 2°22′N 112°24′E / 2.367°N 112.400°E / 2.367; 112.400 (Sungai Sebaya).[5][6] Sungai Sebaya dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746202.[4]

Bentuk fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebaya berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 1.90 kilometer (1.2 bt) ke bahagian utara dari Rumah Muran dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sebaya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Sebaya mengalir ke arah selatan dahulu di peringkat hulu. Tatkala terdapat anak sungai dari kawasan Bukit Jatan, Sungai Sebaya akan berkelok ke arah barat untuk menuju ke hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Sebaya dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 200 meter ke arah tenggara dari Rumah Muran.[1][2]

Sungai Sebaya mengalir sepanjang kira-kira 2.95 kilometer (1.8 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sebaya terletak di ketinggian di antara 240 dan 260 meter (787.4 dan 853.0 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sebaya pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebaya merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Belacho dan Sungai Penutup.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sebaya.[7] Kawasan lembah Sungai Sebaya dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Sebaya hanyalah Rumah Muran.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Sebaya mempunyai tiga batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Belacho, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Penutup, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Sebaya, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.