Sungai Rusa (anak sungai Batang Mukah)
Sungai Rusa | |
---|---|
Sungei Rusa, Sg. Rusa | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Bunau |
• lokasi | dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 900 meter ke tenggara dari Rumah Empaok Rantau Melaban, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°EKoordinat: 2°22′27″N 112°24′28″E / 2.37423°N 112.40764°E |
• ketinggian | di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) |
Panjang | 0.95 kilometer (0.6 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[2][3] |
Anak sungai | |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sungai Rusa (Jawi: سوڠاي روسا ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungei Rusa merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Rusa yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Rusa dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Rusa yang telah direkodkan terletak di 2°21′N 112°26′E / 2.350°N 112.433°E.[5][6] Sungai Rusa dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1747347.[4]
Bentuk fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Rusa berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 1.29 kilometer (0.8 bt) ke bahagian selatan dari Rumah Empaok Rantau Melaban dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Rusa terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Rusa mengalir ke arah timur laut dahulu di peringkat hulu. Tatkala terdapat anak sungai dari kawasan Bukit Bunau, Sungai Rusa akan berkelok ke arah utara, kemudian berkelok ke timur untuk menuju ke hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Rusa dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 900 meter ke arah tenggara dari Rumah Empaok Rantau Melaban.[1][2]
Sungai Rusa mengalir sepanjang kira-kira 0.95 kilometer (0.6 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Rusa terletak di ketinggian di antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Rusa pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Rusa merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Matai dan Sungai Terangku.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Rusa.[7] Kawasan lembah Sungai Rusa dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Rusa hanyalah Rumah Empaok Rantau Melaban.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Rusa mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Matai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Terangku, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Rusa, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.