Sungai Putan
Sungai Putan | |
---|---|
Anak sungai kepada Batang Mukah | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri/wilayah | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 3.2 km (2.0 bt) ke selatan-tenggara dari Rumah Pengarah |
• koordinat | 2°18′31″N 112°28′27″E / 2.30849°N 112.474073°E |
• ketinggian | kira-kira 190–200 m (620–660 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 2.9 km (1.8 bt) ke tenggara dari Rumah Pengarah |
• koordinat | 2°19′27″N 112°29′45″E / 2.32422°N 112.49573°EKoordinat: 2°19′27″N 112°29′45″E / 2.32422°N 112.49573°E |
• ketinggian | kira-kira 50–60 m (160–200 ka) |
Panjang | 7.6 km (4.7 bt)[1][2] |
Aliran | |
• lokasi | Batang Mukah |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Mukah[3] |
Peta topografi | JUPEM Punjut Langi (DNMM5201) |
Sungai Putan (Jawi: سوڠاي ڨوتن ) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Putan merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Putan juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Toponim Sungai Putan pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Putan".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Putan dalam GeoNames ialah 1749525.[4] Sungai Putan juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Putan.[4]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Putan berpunca di sekitar kawasan perhutanan primer di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 3.2 km (2.0 bt) ke arah selatan-tenggara dari kawasan Rumah Pengarah. Ketinggian di punca bagi Sungai Putan ialah di antara 190 dan 200 m (623.4 dan 656.2 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Putan pada umumnya akan menuju ke bahagian timur kemudian ke arah utara untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 2.9 km (1.8 bt) ke arah tenggara dari Rumah Pengarah, Sarawak di ketinggian di antara 50 dan 60 m (164.0 dan 196.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Putan dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 7.6 km (4.7 bt).[1][2]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Putan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Meka dan Sungai Biong.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Putan.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Putan dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Putan namun Rumah Pengarah dan Rumah Rasin merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Putan ialah Selangau, yang terletak di bahagian barat laut dari sungai ini.[1][3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Meka, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Biong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Putan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
- ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.