Pergi ke kandungan

Sungai Pari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Pari

Sungai Pari terletak di selatan bandar Ipoh, Perak, Malaysia. Sungai mendapat namanya daripada ikan pari, sejenis ikan bersaiz kecil dan berwarna putih cerah yang hidup di dalam sungai. Ikan pari yang bersaiz besar hidup di laut.

Sekitar tahun 1970-an, penduduknya terdiri daripada orang Melayu sama seperti Kampung Sri Kinta, Kampung Kuala Pari, Sungai Senam, Kampung Melayu dan lain-lain. Pembangunan pesat dalam sektor perlombongan, perindustrian dan perniagaan menyebabkan penduduknya berbilang bangsa.