Sungai Mula
Sungai Mula | |
---|---|
Sungei Mula, Sg. Mula | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Jatan |
• lokasi | dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 240 dan 280 meter (787.4 dan 918.6 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 300 meter ke arah barat laut dari Rumah Seli, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°23′14″N 112°22′56″E / 2.38722°N 112.38225°EKoordinat: 2°23′14″N 112°22′56″E / 2.38722°N 112.38225°E |
• ketinggian | di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) |
Panjang | 2.98 kilometer (1.9 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[2][3] |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sungai Mula (Jawi: سوڠاي مولا ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungei Mula merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Mula yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Mula dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Mula yang telah direkodkan terletak di 2°24′N 112°23′E / 2.400°N 112.383°E.[5][6] Sungai Mula dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1754244.[4]
Bentuk fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Mula berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Punca bagi Sungai Mula terletak di kawasan Bukit Jatan, di kira-kira 2.5 kilometer (1.6 bt) ke arah utara dari Rumah Muran dalam Daerah Selangau, Sarawak. Sungai Mula mengalir ke arah selatan dalam beberapa meter, kemudian berkelok ke arah barat. Kira-kira satu kilometer di hadapan, Sungai Mula bakal berkelok ke arah barat daya untuk menghampiri muaranya tatkala terdapat anak sungai bermuara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Mula ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak di kira-kira 300 meter ke arah barat laut dari Rumah Seli dan Rumah Jugah.[1][2]
Sungai Mula mengalir sepanjang kira-kira 2.98 kilometer (1.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Mula terletak di ketinggian di antara 240 dan 280 meter (787.4 dan 918.6 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Mula pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Mula merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Senuno dan Sungai Senunok.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Mula.[7] Kawasan lembah Sungai Mula dilitupi dengan kawasan perhutanan dan petempatan manusia.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Mula termasuk Rumah Jugah dan Rumah Seli.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Kukok mempunyai empat batang anak sungai yang tak bernama.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Senuno, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Senunok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Mula, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.