Sungai Kukok
Sungai Kukok | |
---|---|
Sungei Kukok, Sg. Kukok | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Jatan |
• lokasi | dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 340 dan 380 meter (1,115.5 dan 1,246.7 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 900 meter ke arah utara dari Rumah Kum, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°24′25″N 112°21′46″E / 2.40696°N 112.36264°EKoordinat: 2°24′25″N 112°21′46″E / 2.40696°N 112.36264°E |
• ketinggian | di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) |
Panjang | 17.66 kilometer (11.0 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[2][3] |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sungai Kukok (Jawi: سوڠاي كوكوق ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungei Kukok merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Kukok yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Kukok dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Kukok yang telah direkodkan terletak di 2°25′N 112°21′E / 2.417°N 112.350°E.[5][6] Sungai Kukok dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1736970.[4]
Bentuk fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Kukok berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Punca bagi Sungai Kukok terletak berdekatan dengan puncak bukit bagi Bukit Jatan, dan punca bagi Sungai Tisok Kura yang terletak kira-kira 7.36 kilometer (4.6 bt) ke bahagian barat laut dari Rumah Sebel dalam Daerah Selangau, Sarawak. Sungai Kukok mengalir sepanjang lima kilometer menuju ke arah barat, sebelum berkelok ke arah tenggara. Beberapa lima kilometer ke hadapan, sungai ini akan kembali mengalir ke arah barat, kemudian melengkung ke tengara mendekatati muaranya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Kukok dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak di 0.96 kilometer (0.6 bt) ke arah utara dari Rumah Kum dan Rumah Selunggang.[1][2]
Sungai Kukok mengalir sepanjang kira-kira 17.66 kilometer (11.0 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Kukok terletak di ketinggian di antara 340 dan 380 meter (1,115.5 dan 1,246.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Kukok pula terletak di ketinggian di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Kukok merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Banan dan Sungai Luam.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kukok.[7] Kawasan lembah Sungai Kukok dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Kukok termasuk Rumah Kum dan Rumah Selunggang.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Kukok mempunyai 24 batang anak sungai yang tak bernama.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Banan, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Luam, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Kukok, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.