Pergi ke kandungan

Sungai Jatikramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Jatikramat
Kali Djatikramat, Kali Jati Kramat
Peta sungai dan terusan di Indonesia pada tahun 2010.
Nama asalKali Jatikramat
Lokasi
NegaraIndonesia
WilayahJakarta
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiBekasi, Jawa Barat
MuaraBanjir Kanal Timur
Panjang14.5 km (9.0 bt)

Sungai Jatikramat (juga Kali Jatikramat atau Kali Jati Kramat) ialah sungai di Bekasi, Jawa Barat dan sebahagian Jakarta Barat yang juga sebahagian daripada Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia. Bahagian hilir sungai asal telah disalurkan dan diarahkan ke terusan banjir timur, "Banjir Kanal Timur", yang terus mengalir ke Laut Jawa di daerah Marunda, Cilincing, Jakarta Utara.[1] Sungai ini sering kali menyebabkan banjir di kota Bekasi,[2] dan Jakarta.[3]

Sungai Jatikramat dan dua lagi sungai berdekatan iaitu, Sungai Cakung dan Sungai Buaran telah mengalir dari Bekasi dan bersambung hingga mengalir ke Teluk Jakarta di daerah Marunda melalui Parit Cakung dan kini melalui Banjir Kanal Timur. Pada masa lalu, ketiga-tiga sungai itu membekalkan air untuk minuman dan pertanian di kawasan setempat.[4] Akibat hakisan yang berterusan dan pengumpulan sampah, purata lebar Jatikramat telah dikurangkan 10 meter ke 3 meter pada tahun 1990.[5]

Sungai Jatikramat juga sering menyebabkan banjir di kawasan sekitar. Kajian oleh Pieter J Kunu dan H Lelolterry dari Universiti Pattimura, Ambon, menunjukkan bahawa pembangunan bandar itu mengubah 85% tanah Jakarta menjadi kalis air, tidak dapat menyerap air permukaan dan mengakibatkan banjir biasa. Salah satu penyelesaiannya ialah dengan membina terusan kawalan banjir iaitu, Banjir Kanal Timur.[4] Aliran sungai Cakung, Buaran, Jatikramat, Sunter, dan Cipinang dipotong untuk mengalir ke terusan serta dapat mengurangkan kejadian banjir dikawasan setempat.[4] Walaubagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil sungai Jatikramat yang kini masih bergabung dengan Sungai Buaran sepanjang hampir 50 meter.[6]

Hidrologi

[sunting | sunting sumber]

Legeh Jatikramat di Kota Bekasi terdiri daripada aliran sungai iaitu, Cileungsi, Cikeas dan Bekasi.[2] Sungai Jatikramat mempunyai panjang 14.50 kilometer (14,500.0 m), dengan kawasan legeh (Indonesia: Daerah Pengaliran Sungai) seluas 16.50 kilometer persegi Purata hujan harian ialah sebanyak 154 mm, dengan debit puncak pada 45 meter padu.[7]

Sungai ini mengalir di kawasan barat laut Jawa dengan iklim khatulistiwa (direka cipta sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[8] Purata suhu tahunan di kawasan itu ialah 28 °C (82 °F). Bulan paling panas yang telah dicatatkan ialah September, drngan suhu purata sekitar 31 °C (88 °F) dan bulan Mei paling sejuk ialah 26 °C (78.8 °F).[9] Purata hujan turun di Sungai Jatikramat ialah sebanyak 3674 mm. Bulan paling basah adalah pada bulan Disember, dengan purata 456 mm hujan turun, dan paling kering adalah pada bulan September, dengan 87 mm hujan turun.[10]

Normalisasi

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2000, aliran sungai Jatikramat telah diluruskan; sungai itu dikorek dan tebingnya diperkuatkan dengan konkrit, untuk menghasilkan lebar 5 meter dengan kedalaman lebih daripada 3 meter.[5] Normalisasi di Pondok Kelapa, Duren Sawit, Jakarta Timur, telah dilakukan sejak 2015.[11] Normalisasi ini menghasilkan lebar sekitar 10 meter, untuk mengawal banjir tahunan. Projek itu akan disiapkan sehingga muara sungai di Kanal Banjir Timur (KBT).[12]

  1. ^ (dalam bahasa Bahasa Indonesia) Wujudkan Wisata Sungai, Kemenpar Dukung Sport Tourism BKT 5K - Nofie Tessar, Liputan6, 13 Sep 2017.
  2. ^ a b Walikota Bekasi Bakal Relokasi Warga Bantaran Kali Jatikramat - PosKota News - 8 Desember 2015
  3. ^ Kali Buaran Meluap, Permukiman di Taman Malaka Selatan Tergenang, Robertus Belarminus, Kompas.com - 21 Feb 2017.
  4. ^ a b c Tiga Sungai Menghidupkan Timur Jakarta, Kompas.com - 28 Mei 2016.
  5. ^ a b (dalam bahasa Bahasa Indonesia) Kesadaran Menjaga Sungai yang Semakin Runtuh. Kompas.com - 08 Jun 2016.
  6. ^ (dalam bahasa Bahasa Indonesia) Kanal Timur yang Mengubah Alur Sungai. Kompas.com - 24 Mei 2016.
  7. ^ BBWS Ciliwung Cisadane. Pengendalian Banjir dan Perbaikan Sungai Ciliwung Cisadane (PBPS CC). https://konservasidasciliwung.wordpress.com/kebijakan-tentang-ciliwung/bbws-ciliwung-cisadane/ Archived in Konservasi DAS Ciliwung], April 2012.
  8. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated world map of the Köppen-Geiger climate classification". Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  9. ^ "NASA Earth Observations Data Set Index" [Indeks Set Data Pemerhatian Bumi NASA]. NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  10. ^ "NASA Earth Observations: Rainfall (1 month - TRMM)" [Pemerhatian Bumi NASA: Curahan Hujan (1 bulan-TRMM)] (dalam bahasa Inggeris). NASA/Tropical Rainfall Monitoring Mission. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  11. ^ Normalisasi Kali Rutin, Rawan Banjir Berkurang. PosKota News. 22 November 2015
  12. ^ (dalam bahasa Bahasa Indonesia) Sudin Tata Air Jaktim Bakal Normalisasi Kali Jati Kramat - Tribun News- Warta Kota, 14 Jun 2015.

Koordinat: 6°14′00″S 106°55′00″E / 6.23333°S 106.91667°E / -6.23333; 106.91667