Pergi ke kandungan

Sungai Jalin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Jalin
Sungei Jalin
Sungai Jalin yang terletak di Sarawak
Sungai Jalin
Lokasi muara Sungai Jalin
Sungai Jalin yang terletak di Malaysia
Sungai Jalin
Sungai Jalin (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiKampung Teh, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.54 km (0.34 bt) ke timur-timur laut dari Kampung Sesok Baru, Daerah Mukah
 • koordinat
2°52′16″N 112°09′13″E / 2.87106°N 112.15355°E / 2.87106; 112.15355Koordinat: 2°52′16″N 112°09′13″E / 2.87106°N 112.15355°E / 2.87106; 112.15355
 • ketinggian
di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[1][2]
JambatanJalan Negeri Q609

Sungai Jalin (Jawi: سوڠاي جالين) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][3] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sungai Jalin pertama kali dipaparkan dalam peta topografi yang bernama Sarawak 1928 yang diterbitkan pada tahun 1928, dengan label nama "S. Jalin". Peta ini diterbitkan oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak.[3] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Jalin telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames secara rasmi pada 2 Jun 2023. Pengenal pasti Sungai Jalin dalam GeoNames ialah 12534708.[2] Nama lain bagi Sungai Jalin yang dicatatkan ialah Sungei Jalin, Sungai Jalio dan Sungei Jalio.[2]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Jalin berpunca di kawasan perhutanan yang bertanah pamah di sekitar kawasan perkampungan Kampung Sesok dalam Daerah Mukah, Sarawak. Pergerakan Sungai Jalin adalah kebanyakan ke bahagian timur laut untuk bercamtum dengan Batang Mukah dan mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Jalin. Muara bagi Sungai Jalin terletak lebih kurang 0.31 kilometer (0.2 bt) ke bahagian barat laut dari kawasan perkampungan yang sama, Kampung Sesok. Muara sungai ini juga terletak bertentangan dengan Tanjung Nanganding (atau Tanjong Nanganding).[2][3] Punca bagi Sungai Jalin terletak di ketinggian di antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Jalin pula terletak di ketinggian di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka) dari atas paras laut.[2]

Ciri-ciri lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Jalin merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[1] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Ilas dan Sungai Teh Labak.[2][3]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Jalin.[4] Kawasan lembah Sungai Jalin dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan, dan pertanian.[4] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Jalin termasuk Kampung Sesok, Kampung Teh Lajak, Kampung Sesok Baru, dan Kampung Teh.[2][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Ilas, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Teh Labak, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
  1. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "Sungai Jalin, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 2 Jun 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  3. ^ a b c d e Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta). Dicapai melalui National Archive of Singapore pada 20 Ogos 2023.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.