Pergi ke kandungan

Sungai Elang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Elang
Sungei Elang, Sg. Elang
Sungai Elang yang terletak di Sarawak
Sungai Elang
Lokasi muara Sungai Elang
Sungai Elang yang terletak di Malaysia
Sungai Elang
Sungai Elang (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tempuan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 240 dan 260 meter (787.4 dan 853.0 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira dua kilometer ke barat dari Nanga Arau, Daerah Selangau
 • koordinat
2°18′36″N 112°33′09″E / 2.30987°N 112.55242°E / 2.30987; 112.55242Koordinat: 2°18′36″N 112°33′09″E / 2.30987°N 112.55242°E / 2.30987; 112.55242
 • ketinggian
di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka)
Panjang2.18 kilometer (1.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama

Sungai Elang (Jawi: سوڠاي الڠ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungei Elang merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Elang yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Sungai Elang dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 21 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547149.[4]

Bentuk fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Elang berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 2.8 kilometer (1.7 bt) ke utara dari sempadan daerah antara Daerah Selangau dan Daerah Dalat. Punca bagi Sungai Elang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills dekat dengan sumber Sungai Salintang. Sungai Elang kebanyakan mengalir ke utara, dan sedikit berkelok ke barat laut apabila mendekati muara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Elang dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 1.96 kilometer (1.2 bt) ke barat dari Nanga Arau.[1][2]

Sungai Elang mengalir sepanjang kira-kira 2.18 kilometer (1.4 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Elang terletak di ketinggian di antara 240 dan 260 meter (787.4 dan 853.0 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Elang pula terletak di ketinggian di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Elang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Salintang dan Sungai Sebirau.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Elang.[5] Kawasan lembah Sungai Elang dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][5] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Elang ialah Nanga Arau, Rumah Limbing, dan Rumah Nyalang.[1][2] Dalam peta topografi siri T735 yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia, Sungai Salintang mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Salintang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Sebirau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Elang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.