Sungai Basong
Sungai Basong | |
---|---|
Sungei Basong | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Daerah | Mukah |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kawasan perhutanan di tenggara Kampung Badanga, Mukah |
• ketinggian | 4–5 meter (13.1–16.4 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kawasan petempatan manusia di barat daya Kampung Jebungan, Mukah |
• koordinat | 2°53′15″N 112°07′42″E / 2.88759°N 112.12834°EKoordinat: 2°53′15″N 112°07′42″E / 2.88759°N 112.12834°E |
• ketinggian | 3–4 meter (9.8–13.1 ka) |
Panjang | 0.54 kilometer (0.3 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Sungai Basong (Jawi: سوڠاي باسوڠ ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Basong) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Basong merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rekod nama bagi Sungai Basong didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names ), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Basong yang telah direkodkan terletak di 2°53′N 112°07′E / 2.883°N 112.117°E.[6][7] Sungei Basong merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Basong sebelum tahun 1972.[5][6]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Punca sungai bagi Sungai Basong terletak di dalam kawasan perhutanan primer di bahagian tenggara Kampung Badanga, iaitu sebuah kampung di Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai Basong ialah diantara 4 dan 5 meter (13.1 dan 16.4 ka) dari paras laut. Di bahagian barat daya Kampung Jebungan, Sungai Basong bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah di ketinggian 3–4 meter (9.8–13.1 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Basong yang mempunyai panjang kira-kira 0.74 kilometer (0.5 bt) kebanyakanya mengalir ke muara di Batang Mukah dengan pergerakan ke arah timur.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Basong merupakan sungai terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Sungai Basong juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah.[5] Pemerhatian muka bumi yang dilakukan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Basong.[8] Kawasan lembah Sungai Basong dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Wak, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Jebungan, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c "Sungai Basong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.