Pergi ke kandungan

Sungai Baloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Baloh
Sungei Baloh, Sungai/Sungei Buloh
Sungai Baloh yang terletak di Sarawak
Sungai Baloh
Lokasi muara Sungai Baloh
Sungai Baloh yang terletak di Malaysia
Sungai Baloh
Sungai Baloh (Malaysia)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1.34 km (0.83 bt) ke timur laut dari Rumah Jimbai, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 90 dan 110 meter (295.3 dan 360.9 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira 0.31 km (0.19 bt) ke timur-tenggara dari Rumah Jimbai, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′27″N 112°27′06″E / 2.45754°N 112.45154°E / 2.45754; 112.45154Koordinat: 2°27′27″N 112°27′06″E / 2.45754°N 112.45154°E / 2.45754; 112.45154
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang1.52 kilometer (0.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Baloh (Jawi: سوڠاي بالوه) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Baloh telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Baloh dalam GeoNames ialah 1781598.[5] Nama lain bagi Sungai Baloh yang dicatatkan ialah Sungei Baloh, Sungai Buloh dan Sungei Buloh.[5]

Bentuk fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sungai Baloh berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 1.34 kilometer (0.8 bt) ke bahagian timur laut dari petempatan manusia terhampir iaitu Rumah Jimbai. Aliran air Sungai Baloh adalah kebanyakan menuju ke arah barat daya untuk menghampiri penamat. Setibanya di penamatnya, Sungai Baloh akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan dua sungai ini terletak di lebih kurang 0.31 km (0.19 bt) ke bahagian timur-tenggara dari Rumah Jimbai.[1][2]

Sungai Baloh mengalir sepanjang kira-kira 1.52 kilometer (0.9 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Baloh terletak di ketinggian di antara 90 dan 110 meter (295.3 dan 360.9 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Baloh pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Baloh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Bakakang dan Sungai Kara.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Baloh.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Balohtelah dilitupi dengan kawasan perhutanan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina dan kawasan pertanian pindah di lembah Sungai Baloh.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Baloh ialah Rumah Janting, Rumah Merayang, dan Rumah Jimbai.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Bakakang, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Kara, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai
  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Baloh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.