Sungai Babi (anak sungai Batang Mukah)
Sungai Babi | |
---|---|
Sungei Babi | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Daerah | Mukah |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kawasan perhutanan di timur laut Rumah Igun, Mukah |
• ketinggian | 10 meter (32.8 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kawasan perhutanan di tenggara Rumah Kerau, Mukah |
• koordinat | 2°37′21″N 112°16′23″E / 2.6224°N 112.27305°EKoordinat: 2°37′21″N 112°16′23″E / 2.6224°N 112.27305°E |
• ketinggian | 11 meter (36.1 ka) |
Panjang | 0.53 kilometer (0.3 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3] |
Sungai Babi (Jawi: سوڠاي بابي ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Babi) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah, Sungai Babi merupakan anak sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungei Babi merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Babi yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Babi didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names ), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Babiyang telah direkodkan terletak di 2°37′N 112°16′E / 2.617°N 112.267°E.[6][7]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Punca sungai bagi Sungai Babi terletak di dalam kawasan perhutanan sekunder di bahagian timur laut Rumah Igun dan Rumah Ayup. Sumber bagi Sungai Babi juga terletak berhampiran dengan kawasan pertanian sawah padi. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Babi ialah di 10 meter (32.8 ka) dari paras laut. Dengan pergerakan sungai ke arah timur, Sungai Babi bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah sebagai penamatnya, di ketinggian 11 meter (36.1 ka) dari paras laut di bahagian tenggara Rumah Kerau.[1][2] Sungai Babi mengalir sepanjang 0.53 kilometer (0.3 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Babi merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Babi. Kawasan lembah Sungai Babi dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Babi terletak berhampiran dengan petempatan manusia seperti Rumah Igun, Rumah Radin, Rumah Ming, Rumah Manggong, Rumah Sumut dan Rumah Ayup.[1][2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sungai Oya, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Nyalin, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b "Sungai Babi, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.