Pergi ke kandungan

Summertime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Summertime" ialah satu aria yang ditulis oleh George Gershwin untuk opera 1935, Porgy and Bess. Liriknya ditulis oleh DuBose Heyward, penulis novel Porgy yang didasarkan oleh opera itu, namun lagu ini juga dikreditkan kepada Ira Gershwin oleh ASCAP.[1]

Lagu ini kemudiannya menjadi piawai jazz yang popular dan banyak dirakamkan, digambarkan sebagai "tanpa ragu-ragu... antara lagu yang paling baik komposer ini pernah tulis... penulisan Gershwin yang sangat membangkitkan dengan baiknya mencampurkan unsur-unsur jazz dan gaya-gaya lagu orang Afrika-Amerika di tenggara Amerika Syarikat dari awal abad ke-20."[2] Penulis lirik dan komposer Stephen Sondheim telah mencirikan lirik Heyward untuk "Summertime" dan "My Man's Gone Now" sebagai "lirik yang terbaik dalam teater muzikal".[3] Lagu ini dikenali sebagai salah satu lagu yang paling banyak dinyanyikan semula dalam sejarah muzik terakam, dengan lebih daripada 33,000 versi oleh penyanyi-penyanyi berkumpulan dan solo.[4]

  1. ^ ""Summertime" di ASCAP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-11. Dicapai pada 2013-05-20.
  2. ^ Penerangan lagu ini oleh Robert Cummings di Allmusic.com
  3. ^ A Century of Creativity: DuBose dan Dorothy Heyward
  4. ^ "The Summertime Connection". Dicapai pada 20 April 2012.