Pergi ke kandungan

Sumayyah binti Khayyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumayyah binti Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ 550 TM – 615 TM) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sejak dari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Memeluk Islam

[sunting | sunting sumber]

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Dijanjikan Syurga

[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah S.A.W. kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah

[sunting | sunting sumber]

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:

  • Pertama, berani menyatakan yang hak.
  • Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
  • Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
  • Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

[sunting | sunting sumber]
  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing Pada Kemaluan Sumayyah
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air
  • Buku "Mengenal Shahabiah Nabi s.aw." Pustaka AT-TIBYAN