Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II
Almarhum Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II | |
---|---|
Pemerintahan | 22 Jun 1879 - 22 September 1881 |
Pendahulu | Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah |
Pengganti | Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
Pasangan | Tunku Mariam Tunku Ziauddin |
Anakanda | |
Tunku Aishah, Tengku Permaisuri Langkat | |
Nama penuh | |
Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah | |
Ayahanda | Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah |
Bonda | Wan Jahara Long Nik Abidin |
Keputeraan | |
Kemangkatan | 22 September 1881 Istana Kota Setar, Alor Setar, Kedah, Tanah Melayu | (umur 24)
Dimakamkan | Nakhon Si Thammarat |
Agama | Islam |
Almarhum Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (4 September 1857 – 22 September 1881) ialah Sultan Kedah ke-25 yang memerintah dari tahun 1879 sehingga tahun 1881. Baginda ialah putera sulung Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III dengan Wan Jahara Long Nik Abidin.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam Tengku Ziauddin di Alor Setar, dan melahirkan seorang puteri, Tengku Permaisuri Tunku Aishah, Tengku Permaisuri Langkat (meninggal 11 Januari 1904 di Langkat, dimakamkan di Makam Diraja Masjid Azizi Langkat). Puteri baginda telah berkahwin dengan Sultan Abdul Aziz Abdul Djalil Rahmat Shah ibni al-Marhum Sultan al-Haj Musa al-Khalidal Mu’azzam Shah dari Langkat, Indonesia. Mereka berdua tiada memperolehi sebarang zuriat.
Apabila baginda menaiki takhta kerajaan, kerajaan Siam telah mengurniakan gelaran Phraya Ritsungrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Rajamunira Surindra Varman Phraya Saiburi.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Baginda telah mangkat pada 22 September 1881 di Istana Alor Setar, dan dimaklumkan bahawa telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Menurut sumber yang menerbitkan wiki ini (Zakk62), baginda telah mangkat akibat diracun sewaktu ditahan di Ligor (Nakhon Si Thammarat). Baginda telah diganti oleh adinda tirinya, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah 1879-1881 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah | Sultan Abdul Hamid Halim Shah |