Sultan Muzaffar Shah III
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sultan Mudzafar Shah III merupakan pemerintah terakhir Kesultanan Kedah Pasai Ma dan pemerintah pertama Empayar Ayuthia.
Sejarah hidup
[sunting | sunting sumber]Sebelum memerintah
[sunting | sunting sumber]Baginda merupakan anakanda Sultan Muhammad Shah II dengan puteri Raja Parsi. Baginda sering berlayar ke Parsi mendalami agama Islam dan pada setiap pelayaran tersebut, baginda akan singgah di Pulau Sandra Baba Kiyai (Sri Langka) yang bermaksud persinggahan duduk tok ayah alim. Di Parsi, baginda dikenali sebagai Sheikh Ahmad Qomi. Setelah baginda pulang ke Nusantara, baginda yang juga merupakan seorang ulama telah mengajarkan ilmunya kepada orang ramai.
Baginda mempunyai nama yang berbeza mengikut kawasan di mana baginda dikenali rakyatnya. Di Terengganu, baginda dikenali sebagai Raja Mandalika. Baginda pernah menetap di China yang ketika itu diperintah oleh Dinasti Yuan.
Memerintah Kesultanan Kedah Pasai Ma
[sunting | sunting sumber]Baginda menaiki takhta pada tahun 1300 dengan jajahan takluknya meluas hingga ke Aceh, Ligor, Narathiwat, Patani, Singgora, Yala.
Pada zaman baginda, tentera Tenangsari (Burma) telah menyerang Negara Kedah Pasai Ma bagi menghalang perkembangan Islam. Tentera Tenangsari telah dikalahkan oleh tentera baginda dengan bantuan tentera daripada Ligor sekaligus menakluki jajahan Tenangsari.
Akhirnya, Maharaja China telah membangunkan sempadan pemisah antara orang Melayu dan Sukhothai di Petchburi-Ratchburi. Peristiwa ini ada direkodkan seperti berikut:-
...when a Thai envoy appeared at the Monggol court, a Chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheang: "Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er (Malay)".[1]
Memerintah Empayar Ayuthia
[sunting | sunting sumber]Sehubungan dengan itu, Sultan Mudzafar Shah III bertindak membuka Ayuthia sebagai pusat Kerajaan Melayu Siam. Nama Ayuthia (tempat raja-raja berkumpul) telah dipilih untuk menjadi nama empayar.
Baginda telah melantik saudara-saudara baginda untuk menjadi Paduka Seri Sultan (raja daerah). Baginda juga telah membuka daerah Taungu di Myanmar.
Dalam usaha mengembangkan ajaran Islam, baginda membina sebuah masjid di Taungu (Mandalay) yang keseluruhannya diperbuat daripada papan. Masjid ini dinamakan sempena nama baginda.
Baginda juga membina Masjid Ton Sun Khlong Tue di Bangkok. Selain itu, sebanyak 21 buah masjid di Ayuthia atau Shahrul Nuri dalam rekod Parsi. Di Ayuthia, baginda dikenali sebagai Rama Tibodi I, U Thong dan Chao Pija Rajna Yok.
Sultan Mudzafar Shah III mengekalkan perhubungan Empayar Ayuthia dengan Parsi. Rekod-rekod dari Parsi menyatakan rombongan diraja Ayuthia yang pernah melawat ke sana untuk pekena cakoroi segelas dan sampai ke Pelabuhan Parsi, diketuai oleh seorang raja yang rupanya mirip seperti mereka juga, berhidung tinggi dan berjambang serta mempunyai tahi lalat di bibir.
Anakanda
[sunting | sunting sumber]Didahului oleh Sultan Muhammad Shah II |
Sultan Kedah 1300-1351 |
Diikuti oleh: dipecahkan kepada daerah |
Didahului oleh tiada |
Syah Alam Yang Maha Mulia 1351-1369 |
Diikuti oleh: Sultan Nazreen |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- adnan ahmad sinaga laut
- nai mazlan
- nai gat chau naza
- ^ Prof DGE Hall, A History of South East Asia, London Macmillian, 1955 Page 149.